Saturday 26 January 2008

Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008

Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008 adalah kejohanan anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dengan tujuan untuk mempromosi, membangunkan serta mencungkil bakat-bakat baru dari Wilayah Selatan. Kejohanan ini akan disertai oleh semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ianya akan berlangsung pada 24 Februari hingga 25 Februari 2008. Sebanyak 28 acara akan dipertandingkan seperti Tenpin Bowling, Bolasepak, beach volley, basketball, hoki, sepaktakraw, pingpong, olahraga dan sebagainya. Acara Tenpin Bowling akan diadakan di Daiman Bowling Johor Jaya dan sebanyak 4 acara iaitu perseorangan, beregu, Trio dan 4 berpasukan bagi 2 kategori iaitu lelaki dan wanita. Persatuan Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menghantar pasukan dibawah Wilayah Persekutuan. Diharap melalui kejohanan ini akan menjadi medan pengukur prestasi pemain-pemain menjelang Sukan Malaysia 2008 di Terengganu nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor

Thursday 24 January 2008

Syabas Pasukan Kuala Lumpur


Semalam berakhirnya Kejohanan Tenpin Bowling Antara Negeri Kebangsaan edisi ke-21 dan pasukan Kuala Lumpur sekali lagi melakarkan kejayaan dengan merangkul 2 emas dan 2 perak dan 1 gangsa. Pingat emas diperolehi menerusi acara berpasukan wanita yang dibarisi pemain negara iaitu Wendy Chai, Sharon Koh dan Norhanizah serta Noor Juliana setelah menewaskan pasukan Selangor dengan kelebihan 111 jatuhan pin. Emas kedua melalui acara All-event dimenangi oleh Sharon Koh. Pasukan Lelaki pula mendapat pingat Perak setelah tewas kepada pasukan Selangor manakala pingat Perak kedua pula dimenangi melalui acara berpasukan remaja wanita yang terdiri dari Nuru Diana, Nastasya Adam, Nicole Teong dan Shamira. Amirul Afif pula berjaya mendapat pingat Gangsa bagi acara All-event kategori remaja lelaki. Secara keseluruhan pasukan Kuala Lumpur mendapat 4 Emas 2 Perak dan 1 gangsa dan mendapat tempat kedua bagi keseluruhan kategori di belakang pasukan Selangor. Ini merupakan pencapaian yang terbaik bagi pasukan Kuala Lumpur setakat ini. Tahniah kepada semua pemain-pemain.

Mohd Hisham Mohd Nor

Tuesday 22 January 2008

Permulaan Yang Membanggakan

Justify FullPasukan Kuala Lumpur meraih kejayaan di hari pertama apabila berjaya merangkul pingat 2 emas bagi kategori perseorangan Lelaki dan Wanita pada Kejohanan Tenpin Bowling Kebangsaan Antara Negeri di Sunway Pyramid malam tadi. Kejayaan diperolehi melalui Jason Soo dan Sharon Koh. Sharon kembali menunjukkan prestasi yang lebih baik sejak kembali dari Sukan Sea di Bangkok pada Disember lalu. Y.Bhg. Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim, Presiden Kuala Lumpur Tenpin Bowling amat bangga dengan kejayaan ini dan beliau telah sempat meluangkan masa untuk menyampaikan pingat-pingat kepada pemain-pemain walaupun mempunyai jadual yang padat. Tahniah kepada buat Jason dan Sharon . Diharap kejayaan ini merupakan satu permulaan yang baik dan ianya sebagai penyuntik semangat kepada pemain-pemain yang lain untuk mengharungi cabaran yang seterusnya. Insyaallah.

Mohd Hisham Mohd Nor

Monday 21 January 2008

Kejohanan Tenpin Bowling Antara Negeri Kebangsaan 2008



Kejohanan Tenpin Bowling Antara Negeri 2008 telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Elyas Omar, Pesuruhjaya Sukan malam tadi bertempat di Megalanes Sunway, Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Turut hadir adalah Y.Bhg Dato' Dr. P.S Nathan, Presiden Kongress Tenpin Bowling Malaysia. Sebanyak 15 buah negeri telah mengambil bahagian termasuk Labuan. Kejohanan tersebut akan berlangsung selama 3 hari dari 20 - 23 Januari 2008. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang disertai oleh setiap negeri. Pada waktu yang sama berlangsung Kejohanan Tertutup Tenpin Bowling Kebangsaan yang akan berakhir pada 27 Januari 2008. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Remaja Lelaki dan Perempuan dan Acara Lelaki dan Wanita. Pasukan Kuala Lumpur mengambil bahagian bagi keempat-empat kategori. Pengurus pasukan iaitu Steven Teng meletakkan sasaran 3 pingat emas untuk kejohanan kali ini. Saya turut berkesempatan untuk hadir pada majlis perasmian sebagai Ahli Majlis Kongress Tenpin Bowling Malaysia.

MOHD HISHAM MOHD NOR

Monday 7 January 2008

Penilaian Pemain Sukan Teras 2008

Semalam seramai lebih 120 pemain telah telah membanjiri Pusat Bowling Megalanes di Endah Parade untuk mengikuti sesi penilaian yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara. Pelatih-pelatih dari Pusat latihan di Berjaya Times Square, Pandan Strikers dan Megalanes Endah parade telah berkumpul seawal jam 9.00 pagi untuk mengikuti program tersebut. Penilaian diketuai oleh Ben Heng, jurulatih skuad remaja negara. Pada sebelah petang penilaian di adakan pula di ARL Power Bowl, Alamanda dan seramai 90 pemain telah hadir yang kebanyakkan dari Sekolah Alam Shah dan Seri Puteri. Keputusan penilaian akan diketahui hujung bulan ini dan sesi latihan 2008 akan bermula pada bulan Februari.

Mohd Hisham Mohd Nor

Tuesday 1 January 2008

Pada pagi ini saya telah menerima kunjungan seorang sahabat yang sama-sama berjuang di dalam arena Bowling Kastam. Beliau adalah Abdul Latif Deraman yang merupakan bekas Penolong Setiausaha Kelab Bowling Kastam (KBK) yang kini berkhidmat di Pejabat Kastam Stesen Bentong, Pahang. Beliau masih lagi menjadi ahli KBK dan semasa bersama KBK banyak sumbangan-sumbangan telah dicurahkan terutama dalam bidang IT.

Mohd Hisham Mohd Nor
Satu pemilihan untuk mewakili Kuala Lumpur ke Kejohanan Tenpin Bowling Antara Negeri dan Tertutup Malaysia telah diadakan pada 31 Disember 2007 jam 8.00 malam bertempat di Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade Sri Petaling. Lebih 30 pemain remaja telah hadir untuk sesi pemilihan tersebut. 6 pemain lelaki dan 6 perempuan telah dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur pada kejohanan tersebut yang akan diadakan pada 19 Januari 2008 di Megalanes Sunway.

Mohd Hisham Mohd Nor