Tuesday 29 December 2009

Terima kasih Y.B Menteri

Catatan saya kelmarin memberi pandangan berhubung dengan cukai rokok yang dicadangkan untuk disalurkan kepada sukan bolasepak. Persoalannya mengapa sukan bolasepak yang mendapat manfaat dan bagaimana dengan sukan-sukan yang lain. Mereka juga berhak dan ada diantaranya telah mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berjanji akan menggunakan dana Tabung Pembangunan Bolesepak yang diperoleh daripada cukai rokok untuk disalurkan ke sukan lain, terutama yang berpotensi untuk menyerlah serta aktiviti belia.

Saya amat menyambut baik dan percaya kerajaan juga adil serta perihatin dengan sukan-sukan lain. Sukan tenpin bowling misalannya telah banyak mengharumkan negara terutama di kejohanan di peringkat dunia. Dana yang disalurkan tidaklah semewah sukan-sukan yang lain dan tenpin bowling masih mampu menggegarkan dunia dengan kejayaan-kejayaan diperingkat dunia. Disamping itu skuad tenpin bowling masih menggunakan khidmat jurulatih tempatan dan bukan jurulatih import seperti sukan yang lain. Semoga dana yang bakal diberi ini akan dapat membangunkan lagi sukan bowling.

Dana yang disalurkan nanti diharap akan dapat digunakan untuk tujuan pembangunan. Program Sukan Teras yang pernah diasaskan oleh Y.B Dato Azalina (Menteri Belia dan Sukan ketika itu) adalah satu program yang baik. Malangnya ia tidak diteruskan kerana beberapa masalah yang tidak dapat saya pastikan. Program mencungkil bakat di peringkat akar umbi itu perlu kerana ianya dapat memastikan kesinanbungan kejayaan sukan tersebut.

Melalui program Sukan Teras, Pelatih-pelatih yang berusia 12 tahun ke bawah diberi latihan 3 kali seminggu untuk tempoh 10 bulan dalam setahun. Mereka ini dilatih oleh jurulatih yang bertauliah serta diiktirafkan oleh Majlis Sukan Negara dan Badan Induk Sukan Kebangsaan. Program yang tersusun sebegini akan dapat melahirkan pemain-pemain yang bertaraf dunia pada satu hari nanti.

Syabas sekali lagi kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan atas keperihatinan beliau terhadap sukan lain yang memerlukan bantuan. Semoga dana yang disalurkan nanti akan digunakan sebaik-baiknya untuk kemajuan atlet-atlet tanahair.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday 28 December 2009

Cukai rokok untuk bolasepak

Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia mengutip pingat emas pada Sukan Sea di Laos baru-baru ini memberi harapan baru kepada sukan bolasepak di Malaysia. Segala kritikan pedas serta hentaman-hentaman yang dilemparkan kepada skuad kebangsaan terhenti seketika. Muncul suara-suara yang memuji kehebatan skuad bolasepak kebangsaan dan secara tidak langsung skuad bolasepak meraih populariti sebagai sukan nombor satu Malaysia.

Kejayaan anak buah Rajagobal sememangnya perlu diberi pengiktirafan kerana pemain telah bertungkus lumus dengan penat dan keringat yang tidak terhingga. Pemain-pemain gigih dalam menghadapi cabaran di peringkat kumpulan untuk menghadapi pasukan-pasukan yang handal. Walaupun tewas kepada Vietnam di peringkat kumpulan, ianya tidak melemahkan semangat pemain untuk bangkit semula apabila bertemu Vietnam pada perlawanan akhir.

Kelmarin Kementerian Belia dan Sukan akan mencadangkan kepada kabinet agar sebahagian daripada hasil kutipan cukai rokok disalurkan untuk pembangunan bolasepak.

Persoalan yang ingin saya kongsi pandangan adalah pertamanya mengapa cukai rokok untuk membangunkan bolasepak dan keduanya mengapa penumpuan diberi kepada pembangunan bolasepak sahaja.

Sememangnya cadangan tersebut baik serta mampu memajukan bolasepak. Dana atau sumber kewangan yang kukuh memainkan peranan yang penting dalam pembangunan bolasepak. Ini dapat dilihat dinegara barat dan Eropah dimana wang yang besar dilaburkan dalam bolasepak dan ianya menjadi sebuah industri yang besar.

Saya berpandangan semua cukai yang dikutip oleh kerajaan akan disatukan dibawah satu tabung dan saya tidak faham mengapa ianya dikaitkan dengan cukai rokok. Jika dahulu syarikat rokok diberi pengecualian cukai apabila menaja sesebuah pasukan sukan. Pengecualian cukai ini pula bukannya cukai rokok tetapi cukai korporat. Oleh yang demikian mengapa cukai rokok semata-mata dicadangkan untuk tujuan bolasepak.

Apabila satu ketika dahulu Dunhill menaja hampir RM30 juta kepada FAM untuk tujuan bolasepak khususnya, ianya bukanlah sumber dari cukai rokok tetapi cukai korporat.

Ianya merupakan dua cukai yang berbeza kerana cukai rokok yang terdiri daripada cukai jualan dan duti eksais  dipungut oleh Kastam Diraja Malaysia. Ianya bermaksud duti eksais dikenakan keatas tembakau manakala cukai jualan dikenakan keatas pengilangan membuat rokok. Cukai korporat pula dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari pendapatan tahunan yang diperolehi oleh syarikat. Namun kedua-duanya akan digabung dalam satu dana perbendaharaan.

Oleh yang demikian saya berpandangan tiada cukai yang khusus perlu digunakan untuk tujuan bolasepak kerana cukai-cukai tersebut akan digabung dibawah satu dana.

Saya juga kurang memahami mengapa sukan bolasepak sahaja perlu diberi perhatian dan diberi bantuan. Sukan-sukan lain yang lebih berjaya serta banyak mengharumkan nama negara juga jangan dipinggirkan.

Sukan seperti squash, tenpin bowling, lawn bowl, lumba basikal, badminton serta beberapa sukan lagi juga perlu diberi perhatian kerana sukan-sukan ini telah banyak mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Oleh yang demikian sukan-sukan lain juga perlu diberi bantuan untuk tujuan pembangunan. Dalam konteks ini juga, syarikat swasta perlu memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sukan negara.

Sebagai perbandingan di beberapa negara, ada kerajaan yang tidak memberi bantuan kepada badan-badan sukan. Sebagai contoh di Singapura, saya difahamkan di dalam sukan tenpin bowling apabila pemain mereka memenangi pingat emas dalam pada sukan Asia, syarikat korporat yang menghulurkan insentif kepada pemain yang berjaya. Begitu juga di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang merupakan negara yang kaya dengan minyak, sukan dibiayai oleh pedagang-pedagang tempatan yang meminati sukan-sukan tertentu. 

Kesimpulannya beban kewangan untuk memajukan sukan bukan terletak dibahu kerajaan. Syaraikat swasta perlu tampil memberi bantuan dalam memajukan sukan negara. Syarikat-syarikat besar ini mendapat kontrak dari kerajaan dan tiba masanya untuk menunaikan tanggungjawab membantu kerajaan dalam memajukan sukan.

Mengapa cukai rokok untuk sukan bolasepak, tidak dapat dipastikan dan sama-sama kita lihat perkembangan yang seterusnya.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday 27 December 2009

Selamat Pengantin Baru…

Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Saudara Dzulham, Penolong Penguasa Kastam yang bertugas di Cawangan Pentadbiran Am, Ibu Pejabat yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini.

Saya menerima panggilan telefon dari beliau pada hari jumaat malam bagi memaklumkan hari perkahwinannya.

Saudara Dzulham adalah merupakan Ahli Jawatankuasa Kelab Bowling Kastam Putrajaya yang aktif dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kelab.

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana berada di Seremban atas urusan keluarga. Namun saya mendoakan semoga Saudara Dzulham bahagia bersama isteri hingga ke akhir hayat.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Universiti Sukan

Kelmarin saya memberi pandangan berhubung dengan Sekolah Bolasepak dan hari ini saya terpanggil untuk membincangkan atau memberi pandangan tentang Universiti Sukan.

Cadangan mewujudkan Universiti sukan ini telah dibangkitkan sewaktu Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008 lagi. Namun sewaktu Konvensyen Sukan Kebangsaan beberapa hari yang lalu, Kementeraian Pengajian Tinggi telah menolak cadangan tersebut. Sebaliknya kementerian menggangap penubuhan lebih banyak fakulti sukan di 10 universiti sedia ada sudah cukup untuk memenuhi keperluan negara.

Kita perlu melihat objektif penubuhan sesebuah universiti tersebut. Sebagai contohnya, mengapa universiti tentera atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia diwujudkan atau mengapa universiti multimedia diwujudkan, begitu juga dengan universiti yang lain mengkhususkan bidang-bidang tertentu.

Sekiranya penubuhan Sekolah Sukan adalah untuk menghasilkan atlet berpotensi serta bertaraf dunia, begitu juga dengan Universiti Sukan. Keadaan ini memerlukan satu kesinambungan di mana pelajar-pelajar yang berjaya atau cemerlang di Sekolah Sukan akan melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Sukan. Modul atau kurikulumnya pula ditambahbaik atau dipertingkatkan sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah universiti.

Universiti Sukan ini perlu kerana ianya dapat melahirkan para atlet yang berpendidikan tinggi serta berpengetahuan. Ianya dapat menyatukan semua atlet-atlet dalam pelbagai bidang dibawah satu bumbung dan mereka ini dapat bertukar pandangan demi untuk memajukan sukan negara.

Difahamkan Kementerian Pengajian Tinggi mengkhusus sukan-sukan tertentu di setiap universiti di Malaysia. Universiti Malaysia misalannya akan di jadikan pusat untuk sukan bola jaring, Universiti Putra sukan ragbi, UUM sukan golf, Universiti Teknologi Malaysia sukan bolasepak, Universiti Malaysia Sabah sukan Taekwando, Universiti Sains Malaysia sukan renang dan beberapa sukan lagi di beberapa buah universiti.

Keadaan sebegini tidak dapat memusatkan kesemua sukan ini dibawah satu pengurusan.  Sekiranya Universiti Sukan diwujudkan, ianya dapat memantau prestasi atlet dalam pendidikan dan juga sukan. Program-program motivasi atau brainstroming di kalangan semua atlet dalam pelbagai sukan dapat diadakan. Seperti yang saya cadangkan tadi, mereka dapat bertukar pandangan sesama atlet demi untuk memajukan sukan negara. Atlet di peringkat universiti mempunyai idea serta pandangan yang luas sebagai mahasisawa dan sudah pastinya idea mereka ini akan dapat membantu membangunkan sukan negara.

Modul latihan juga boleh dirangka bagi memenuhi jadual pertandingan atlet untuk mewakili negeri atau negara agar jadual pembelajaran mereka tidak terjejas. Keseragaman modul pembelajaran juga penting kerana setiap universiti mempunyai dasar atau polisi yang tersendiri. Oleh itu, mereka di universiti yang tertentu mungkin mendapat pembelajaran yang berbeza.

Kesimpulannya disini, Universiti sukan dapat memainkan peranan yang penting untuk pembangunan sukan negara. Banyak kajian-kajian yang khusus dalam bidang sukan dapat dilakukan dan hasil dari kajian dan penyelidikan tersebut akan dapat memberi impak kepada mutu sukan negara. Keadaan ini terbukti dinegara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang mewujudkan Universiti Sukan dan hasilnya begitu memberangsangkan. Kita tidak boleh bergantung kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atau Institut Sukan Negara (ISN) sahaja kerana kedua-dua badan ini mempunyai skop yang luas dalam bidang sukan. Dalam konteks ini kajian yang dijalankan di peringkat universiti adalah penting sekali dan saya percaya ianya akan memberi kesan yang begitu signifikan. Insyaallah saya akan memberi pandangan berhubung kajian-kajian sukan serta kesan terhadap mutu pencapaian atlet.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday 26 December 2009

Sekolah Bolasepak

Di Malaysia, se-ingatan saya belum ada lagi Sekolah Bolasepak yang mengkhususkan sukan bolasepak. Pada ketika ini, kita mempunyai sekolah sukan di Bukit Jalil dan Bandar Penawar di Johor. Sekolah-sekolah tersebut tidak mengkhususkan sukan-sukan tertentu tetapi ianya meliputi hampir kesemua sukan di Malaysia.

Saya tertarik dengan cadangan Dato Wira Syed Ali Al-Habshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras supaya kerajaan membuat pelaburan jangka panjang dengan mewujudkan sekolah bolasepak diluar negara. Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan memilih 20-30 pelajar yang berbakat dan berusia 12 tahun menyertai sekolah ini.

Mewujudkan sekolah bolasepak di luar negara memerlukan belanja yang sangat besar dari segi kemudahan padang, gymnasium, tempat tinggal, persekolahan pelatih, pengangkutan, jurulatih serta banyak lagi logistik serta keperluan yang perlu dipertimbangkan.

Disamping belanja yang besar, kerajaan pula perlu menanggung kos pengaliran wang keluar negara dan sudah pasti kosnya akan mencecah jutaan ringgit dan sudah tentu ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Saya berpandangan sekolah sukan sememangnya perlu diwujudkan untuk tujuan pembangunan bolasepak negara. Ianya memadai jika diwujudkan dalam negara kerana kita boleh mendapatkan sebidang tanah yang sesuai untuk dijadikan kompleks sekolah bolasepak. Kosnya pula mungkin tidak sebesar kos dilaksanakan diluar negara.

Persatuan-persatuan sukan bolasepak di setiap negeri juga boleh mewujudkan sekolah bolasepak negeri dan kerajaan negeri disarankan agar membantu sekolah bolasepak ini. Oleh itu usaha ini sepatutnya tidak dibebankan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) sahaja. Banyak pihak yang perlu terlibat jika benar-benar serius untuk melaksanakan sekolah bolasepak ini.

FAM dan persatuan bolasepak negeri perlu bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi berkaitan agar ianya dapat direalisasikan. Begitu juga dengan syarikat korporat yang berminat dapat sama-sama menjayakan program sekolah sukan ini.

Satu kurikulum yang khusus juga perlu dirangka dan ianya fleksibal serta dapat disesuaikan dengan latihan bolasepak. Jurulatih atau Pengarah Teknikal yang terlatih atau mempunyai kebolehan atau pengalaman yang luas perlu dilantik bagi menjamin prestasi dan kualiti pemain. Sekolah bolasepak juga perlu menjadualkan perlawanan bolasepak bagi memberi pendedahan kepada mereka dan jika perlu, mereka diberi pendedahan untuk perlawanan persahabatan dengan negara-negara ASEAN sebagai permulaan.

Aspek disiplin perlu ditekankan kerana pada usia yang muda, mereka perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni serta disiplin diri yang tinggi sebagai seorang atlet. Latihan fizikal yang agresif serta sistem pemakanan yang betul juga perlu diberi perhatian bagi memastikan pemain-pemain ini benar-benar cergas. Saya masih ingat pada satu ketika, pernah disiarkan dalam akhbar bahawa pemain bolasepak negara tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan. Keadaan ini mungkin dapat diatasi sekiranya modul yang komprehensif serta menyeluruh dapat diwujudkan dalam sekolah bolasepak.

Pemain-pemain yang mengikuti sekolah bolasepak perlu dinilai pada setiap bulan supaya memastikan adanya peningkatan dikalangan mereka. Saya tertarik melihat sistem latihan diluar negara kerana mereka mempunyai sistem yang teratur terutama sekali dalam pengumpulan data-data prestasi pemain. Dengan adanya sistem yang teratur dalam pengambilan data prestasi pemain maka ianya dapat dijadikan panduan pemilihan untuk pemain menyertai skuad kesebelasan utama.

Secara keseluruhannya, saya berpandangan sekolah bolasepak ini adalah baik serta mampu meningkatkan tahap serta mutu bolasepak di negara kita sekiranya ia dilaksanakan dengan teratur serta menyeluruh. Sekolah bolasepak tersebut memadai jika ia diwujudkan dalam negara sahaja kerana kita mempunyai pelbagai infrastruktur serta kemudahan. Pemain boleh dihantar keluar negara untuk sesuatu tempoh bagi mendapatkan pendedahan. Sistem latihan memainkan peranan yang penting disamping disiplin pemain itu sendiri.

Kita lihat bagaimana Vietnam boleh bangkit serta maju dalam bolasepak dikalangan negara ASEAN. Sistem latihan yang dibawa oleh jurulatih dari luar negara serta disiplin pemain telah membawa mereka ke puncak kejayaan. Oleh itu ianya tidak mustahil dapat dilakukan oleh pemain-pemain kita jika dibentuk pada usia yang muda.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Friday 25 December 2009

Salur berdasarkan prestasi

Setiap persatuan sukan kebangsaan menerima bantuan kewangan setiap tahun dan difahamkan bantuan ini akan dikurangkan beberapa peratus pada tahun hadapan memandangkan keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat serta langkah berjimat cermat kerajaan berbelanja.

Kenyataan Dato Zolkples Embong bahawa peruntukan kewangan tahunan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan dikurangkan ekoran kegagalan pasukan sepaktakraw Malaysia pada Sukan Sea di Laos minggu lalu mengundang pelbagai reaksi dari peminat-peminat sukan.

Saya amat tertarik dengan cadangan ini kerana wang yang disalurkan kepada badan-badan sukan kebangsaan adalah wang rakyat yang di kutip dari dari cukai-cukai seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan sebagainya. Wang yang disalurkan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya kerana rakyat sebagai pembayar cukai perlu tahu kemana wang tersebut disalurkan dan memastikan ianya disalurkan dengan betul.

Badan-badan sukan kebangsaan memperolehi pendapatan atau geran tahunan melalui Majlis Sukan Negara(MSN) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan di semua peringkat. Ada badan-badan sukan yang mendapat tajaan dari syarikat korporat bagi menampung kos serta menjalankan aktiviti kerana geran yang diperolehi dari MSN adalah terhad.

Cadangan supaya geran atau peruntukan kewangan kepada persatuan sukan berdasarkan prestasi perlu dilihat secara positif kerana langkah tersebut dapat memastikan kejayaan sukan di negara ini. Persatuan sukan perlu membuktikan serta bekerja keras bagi memastikan sukan sebut berjaya ke peringkat antarabangsa serta mendapat pengiktirafan. Dengan cara ini mereka bukan sahaja mendapat kepercayaan dari MSN yang akan sanggup memberi bantuan tanpa ragu-ragu, malah mendapat kepercayaan dari syarikat swasta yang sanggup menaja persatuan sukan tersebut. Sebagai contohnya, sukan squash mendapat penajaan dari CIMB, sukan tenpin bowling ditaja oleh Canon, sukan badminton ditaja oleh Proton serta beberapa sukan yang lain yang berjaya mendapat endorsement dari syarikat swasta.

Rakyat selaku pembayar cukai serta media akan mengecam jika sesuatu sukan itu gagal mencapai tahap yang diharapkan. Saya berasa hairan mengapa apabila pasukan bolasepak kita gagal dalam sesuatu kejohanan, mereka dikecam dengan hebat. Tetapi apabila pasukan lain seperti sepak takraw, olahraga dan sebagainya gagal di peringkat antarabangsa, mereka tidak dikecam sehebat bolasepak. Sememangnya diketahui bahawa bolasepak merupakan sukan nombor satu negara, tetapi pulangan dari sukan yang lain adalah sama kerana mereka juga mendapat peruntukan dari sumber yang sama. Namun bola sepak bernasib baik kerana berjaya membuktikan kepada negara dengan membawa pulang pingat emas.

Secara kesimpulannya, cadangan oleh Ketua Pengarah MSN itu perlu dilihat dari sudut yang lebih luas demi membangunkan sukan negara. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk membangunkan sukan negara dan rakyat ingin melihat pulangannya dengan memberikan kejayaan yang membanggakan. Hanya beberapa sukan sahaja yang telah membuktikan dengan melakarkan kejayaan-kejayaan. Mereka ini perlu dibantu lagi agar pulangan yang lebih besar serta berjaya keperingkat dunia serta mengharumkan nama Malaysia. Sekiranya mereka inginkan bantuan yang lebih besar, maka mereka perlu membuktikan dahulu pencapaiannya. Dengan keputusan yang cemerlang, rakyat Malaysia akan berkongsi kegembiraan kerana wang yang dibelanjakan tidak dipersia-siakan.

Mohd Hisham Mohd Nor.




Thursday 24 December 2009

Selamat Menyambut Hari Krismas

Saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan yang meraikannya pada 25 Disember 2009. Semoga pada perayaan Krismas tahun ini akan mengeratkan lagi semangat kekeluargaan.

Di Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum turut merasakan kemeriahannya apabila melawat ke gedung-gedung membeli-belah dan di sinilah semangat 1 Malaysia di semarakkan dengan mengunjung sahabat handai dan keluarga.

Mohd Hisham Mohd Nor

Saturday 19 December 2009

Cabaran berakhir…

Zulmazran Zulkifli satu-satunya wakil tunggal Malaysia ke pusingan akhir pertama kecundang pada pusingan Final Step 2 malam tadi. Ini seterusnya menamatkan cabaran Malaysia untuk mara ke peringkat akhir.

Zulmazran berada ditangga ke… dan mampu meraih hadiah sebanyak EURO1300(RM6617.00)

Pasukan bowling negara akan bertolak balik ke ibu negara malam ini dengan penerbangan Etihad Airways dan dijangka tiba di KLIA jam 2.00 petang esok (Ahad).

Sejurus tiba di KLIA nanti, pemain-pemain ini akan bergegas ke Megalanes Sunway, Sunway Pyramid untuk beraksi di Kejohanan All-Star Classic anjuran Megalanes Sunway yang di jadualkan pada jam 5 petang. Saya difahamkan jadual sebenarnya adalah jam 4 petang, namun ia telah dipinda bagi membolehkan pemain-pemain ini beraksi.

Walauapapun, semuanya bergantung kepada jadual penerbangan dan sekiranya tiada kelewatan waktu penerbangan mereka dapat beraksi untuk kejohanan tersebut tetapi jika sebaliknya, maka kejohanan terpaksa diteruskan juga.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Friday 18 December 2009

Perkampunagan Sukan Asia 2006

Saya sempat meluangkan masa untuk menjenguk kembali kenangan lalu sewaktu temasya Sukan Asia 2006 terutamanya perkampungan sukan tempat dimana saya menginap selama 14 hari.

IMG_0797 Apa yang didapati tempat tersebut pada asalnya akan dijadikan pusat perubatan atau lebih dikenali sebagai Hamad Medical City. Namun apa yang diceritakan oleh warga Qatar, ianya dibiarkan kosong sejak selesainya Sukan Asia 2006.

IMG_0791

Blok-blok apartment yang kami duduki satu ketika dahulu, tidak berpenghuni sehingga hari ini. Ianya satu pembaziran kerana kos untuk membangunkan kawasan tersebut adalah besar dan ianya dibiarkan begitu sahaja.

IMG_0800 Saya difahamkan, blok-blok apartment tersebut tidak boleh diduduki kerana setiap unit apartment tiada kemudahan dapur. Saya cuba mengimbas kembali layout bilik yang pernah diduduki dan ternyata tiada ruang dapur. Adalah pelik apabila sebuah rumah dibina tanpa ada dapur.

Memandangkan Qatar merupakan negara yang kaya, saya berpandangan elok jika ia dijadikan pusat Sukan atau kompleks sukan dan ia boleh digunakan pada temasya sukan-sukan yang akan datang. Lokasi tersebut sangat sesuai dijadikan kompleks sukan serta pusat kecemerlangan sukan di Qatar.

Mohd Hisham Mohd Nor

Doha, Qatar.

Meneruskan Cabaran Malaysia

Zul Step 1

Hanya Zulmazran yang meneruskan cabaran ke Final Step 1 yang berlangsung pada jam 3 petang ini(8.00 malam waktu Malaysia). Zulmazran menduduki tempat ke-28, daripada 42 pemain yang layak ke pusingan yang berikutnya.

Pemain-pemain yang lain seperti Aaron Kong, Alex Liew, Daniel Lim dan Syafiq Ridhwan masing-masing tersungkur di peringkat awal. Aaron Kong menduduki tempat ke-43, Syafiq 61, Alex Liew 70 dan Daniel Lim 75.

Zulmazran perlu berada di kelompok 8 pemain terbaik pada peringkat ini untuk beliau meneruskan cabaran seterus di Final Step 2 pada malam nanti.

Group

Pemain-pemain yang gagal untuk masuk dikelompok 42 pemain terbaik pada malam tadi diberi peluang untuk mencuba nasib pada satu lagi pusingan yang dinamakan Desperado Squad. Mereka bermain hanya 1 game dengan yuran sebanyak Euro50 (RM260.00) Empat pemain teratas untuk Desperado squad akan layak masuk dalam kelompok 42 pemain.

Alex Liew, Daniel Lim dan Aaron Kong turut mencuba nasib mereka dalam Desperado Squad ini tetapi malangnya gagal untuk menempatkan diri.

Harapan saya, Zulmazran selaku wakil tunggal negara mampu melakukan kejutan buat negara serta meninggalkan kenangan manis atau penutup tirai 2009.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Rindu masakan Malaysia

Baru seminggu berada di Doha, terasa rindu pada masakan Malaysia. Mana kan tidaknya, hampir setiap hari dihidangkan sajian naan atau kebab dan kadangkala nasi beriyani chicken grill. Chicken curry with rice juga agak membosankan kerana rasanya yang tak seberapa. Ini berbeza sewaktu Sukan Asia dahulu kerana ketika dihidangkan dengan beratus-ratus menu dari seluruh pelusuk dunia.

IMG_7892

Namun segalanya terubat apabila pasukan Malaysia menerima undangan makan tengahari dari Saudara Zawawi di kediaman beliau. Kami dihidangkan ayam masak merah dan nasi minyak. Masing-masing kelihatan berselera dengan hidangan yang disediakan.

IMG_7893

Sebelum pulang saya dan sebagai tanda terima kasih pasukan, saya telah menghadiahkan baju rasmi kebangsaan tenpin bowling kepada beliau. Saya mendoakan beliau sihat dan aman sejahtera kehendaknya ketika berada di Doha, Qatar. Insyaallah.

Mohd Hisham Mohd Nor

Doha, Qatar.

Hari Kebangsaan Qatar

IMG_7746 IMG_7832IMG_7828

Hari ini, 18 Disember adalah merupakan Hari Kebangsaan Qatar dan ianya merupakan hari memperingati sejarah 1878 apabila Sheikh Jasim bin Mohamed Al Thani, pengasas negara Qatar mengambilalih tampuk pemerintahan dan mengetuai negara kearah perpaduan.

Qatar pada asalnya adalah merupakan negara pengeluar mutiara yang bermutu tinggi. Telaga-telaga minyak hanya ditemui pada tahun 1940an dan sebelum itu ekonomi Qatar bergantung kepada aktiviti-aktiviti laut seperti nelayan dan mencari mutiara. Rakyat Qatar atau lebih dikenali sebagai Qatari kini hidup aman dan makmur dibawah pemerintahan Emir Qatar, Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Hari Kebangsaan ini disambut meriah dengan pelbagai acara telah diatur dari pagi hingga ke malam. Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta telah ditutup sejak hari khamis lagi. Acara-acara menarik yang bakal dianjurkan ialah perarakan, pertunjukan kereta klasik, pertunjukan hiburan dan kemuncaknya adalah pertunjukan bunga api.

Saya berharap agar dapat bersama-sama rakyat Qatar untuk menyaksikan pertunjukan bunga api pada jam 8 malam nanti. Kedudukan Qatar Bowling Centre ini berhampiran dengan kawasan yang terkenal disini iaitu Corniche dan pertunjukan bunga api tersebut boleh dilihat dengan jelas.

Persiapan Hari Kebangsaan telah diadakan sejak minggu lalu dan ruang udara Doha ini sering digegarkan dengan bunyi jet-jet pejuang yang melakukan latihan. Saya amat kagum melihat latihan ini dekendalikan kerana pesawat-pesawat pejuang tersebut terbang begitu rendah. Ianya seolah-olah dalam pertempuran peperangan.

Sekiranya berkesempatan esok, saya akan cuba merakamkan detik-detik yang bersejarah itu.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Malaysia Boleh

Tahniah saya ucapkan kepada kontinjen negara ke Sukan Sea kerana berjaya melepasi sasaran pungutan pingat emas. Kontinjen Malaysia berjaya memungut 35 pingat emas kelmarin.

Sejarah juga tercipta apabila pasukan Bolasepak Malaysia berjaya menundukkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Laos. Malaysia mencipta sejarah setelah kemarau pingat emas sejak 20 tahun yang lalu. emas malam tadi adalah merupakan yang ke-40 dan kegembiraan pasukan terpancar terutama jurulatih K.Rajagobal yang mengemudi pasukan.

Disebalik kritikan yang sering dilemparkan kepada pasukan bolasepak negara, mereka kini lebih matang dan bersedia mengharungi segala cabaran yang dihadapi.

Tahniah kepada Dato’ Dr. Ramlan Aziz selaku Chef-de-mission, pengurus-pengurus pasukan, pegawai-pegawai sukan serta atlet kerana berjaya merealisasikan impian negara untuk mencapai sasaran 35 pingat emas.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Thursday 17 December 2009

Cabaran di kemuncak

TeamIMG_7614 IMG_7612 IMG_7624 Cabaran makin memuncak pada hari ini apabila Syafiq, Alex Liew dan Aaron melakukan cubaan terakhir pada petang ini di arena Bowling Qatar. Terdahulu Zulmazran Zulkifli telah mengesahkan tempat dalam kelompok 30 pemain teratas dan akan beraksi dalam pusingan berikutnya esok. Daniel Lim pula tersungkur pada cubaan MQ ke-empat dan sekaligus tersingkir ke pusingan yang berikutnya.

Untuk mengesahkan pemain ke pusingan berikutnya esok, mereka perlu mendapat jatuhan pin sebanyak 1300 atau purata 216 jatuhan pin bagi permainan 6 game. ianya bukan sesuatu yang mudah kerana oiling lane yang tidak konsisten pada setiap lorong. Ini menyukarkan pemain untuk mendapat jatuhan pin yang tinggi secara konsisten pada setiap game.

Namum, harapan dari Alex, Aaron dan Syafiq masih disandarkan untuk layak kepusingan yang berikutnya.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Qatar tuanrumah Piala Dunia 2022 ?

WorldCupBidder

Setelah gagal dalam bidaan untuk menjadi tuanrumah Sukan Olimpik, Qatar kini telah menubuhkan jawatankuasa untuk membida menjadi tuanrumah Piala Dunia 2022. Menurut sumber rasmi sekiranya berjaya, Qatar akan bakal menjadi negara pertama di bumi Arab yang menganjur bolasepak Piala Dunia, kejohanan yang paling berprestij itu.

Sebagai usaha tersebut, Jawatankuasa membida Piala Dunia 2022 telah memulakan langkah awal dengan menamakan 18 bekas pemain Qatar sebagai duta untuk tujuan melobi dikalangan negara-negara yang akan melakukan pengundian.

Bekas-bekas pemain ini adalah terdiri dari pemain yang pernah beraksi pada Kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun pada tahun 1981 yang menyaksikan Qatar mara ke perlawanan akhir.

Dalam satu kenyataan serta sumber dari Amerika Syarikat, Penganjuran Piala Dunia ini mampu memberikan pulangan yang lumayan dan ianya mampu memberi impak dalam ekonomi sehingga AS5 billion. Ianya juga dapat mewujudkan peluang sehingga 100,000 pekerjaan. Amerika Syarikat juga sedang giat untuk membida Piala Dunia 2018 atau 2022. Semoga Qatar berjaya dalam usaha untuk membawa sukan bolasepak terus gemilang dibumi Arab.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Menikmati hidangan nasi beriyani

IMG_7696IMG_7687 IMG_7682

Petang kelmarin, setelah menghabiskan MQ yang kedua pada jam 4 petang, pemain-pemain elit negara dibawa makan ke Restoran Zarka yang terletak di bandaraya Doha. Kami dibawa dengan 2 buah kenderaan dimiliki oleh 2 orang rakyat Malaysia yang bekerja disini iaitu Zawawi(Qatar Gas) dan Razman(QTEL).

Sudah pastinya para pemain ini kelaparan setelah menghabiskan 6 game pada squad tengahari. Mereka akan membuat cubaan atau MQ yang ketiga pada jam 9.00 malam. Ada diantaranya yang belum menjamah nasi sejak tiba di Doha dan ianya termasuk penulis sendiri.

Harga makanan di Doha ini agak mahal kerana sepinggan nasi beriyani dan ayam panggang adalah QR10.00(RM9.80). Begitu juga makanan di fast food seperti Mc Donald, Burger King juga lebih mahal jika dibandingkan di Malaysia. Misalannya satu set Mc Donald (Air, Fries dan burger) berharga RM12-14. Keadaan ini sememangnya sesuai dengan pendapatan rakyat disini yang tinggi serta tiada cukai pendapatan.

Saya bagi pihak pasukan Bowling Malaysia ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Zawawi dan En. Razman yang telah banyak membantu kami sepasukan dengan menghantar kami ke tempat-tempat makan di Doha. Kemudahan kedai makan disekitar hotel sememangnya tiada kecuali cafe di dalam hotel yang menyediakan makanan dengan harga yang mahal. Begitu juga di Bowling Center yang menyediakan makanan bertaraf hotel. Sepinggan Ayam panggang dan roti naan berharga RM25.00. Alhamdullilah pemain-pemain dibekalkan. elaun yang secukupnya untuk menampung kos disini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Tuesday 15 December 2009

Rakan-rakan baru di Doha…

Qatar adalah merupakan sebuah negara kecil di benua Arab serta berjiran dengan Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Bahrain, Kuwait serta Oman. Ia mempunyai penduduk kurang dari 1,000,000.00 orang dan Doha adalah ibu negara bagi Qatar. Qatar yang di bawah pemerintahan Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani adalah merupakan negara yang kaya dengan petrolium dan gas.

Apa yang menarik untuk saya berkongsi pengalaman adalah apabila saya bertemu dengan rakan-rakan kita dari Malaysia yang mencari rezeki di Qatar ini. Malam tadi saya sempat bertemu dengan seorang warga Malaysia yang bernama Zawawi ketika beliau menyaksikan pemain Malaysia beraksi di Qatar Bowling Center. Zawawi ketika ini bertugas dengan Qatar Gas dan tinggal bersama keluarga di sini sejak setahun yang lalu.

Saya masih ingat ketika berada di Doha 3 tahun yang lalu sewaktu temasya Sukan Asia 2006. Ketika itu saya bertemu dengan beberapa orang rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar pada majlis meraikan kontinjen Malaysia di Kedutaan Malaysia dan  mereka menyatakan ketika itu rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar adalah sekitar 80 ke 100 orang sahaja. Kebanyakkan mereka bekerja dalam sektor petrolium yang mana sebahagian besar adalah bekas kakitangan syarikat petrolium di Malaysia. Mereka yang bekerja di Qatar pertrolium adalah sebaga jurutera, juruteknik serta lain-lain jawatan.

Tetapi pada hari ini, saya difahamkan jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di sini telah meningkat lebih dari sekali ganda dan mereka bekerja dalam pelbagai sektor termasuk gas, perbankan serta lain-lain bidang profesional. Kelmarin juga saya bertemu dengan rakyat Malaysia bernama Razman yang kini bekerja di QTEl, satu-satunya syarikat telekomunikasi di Qatar.

Difahamkan mereka yang berkhidmat di Qatar Gas dan petrolium ini mendapat imbuhan yang tinggi iaitu 3 kali gaji dibandingkan di Malaysia. Ada yang bekerja di bidang perbankan menerima gaji sehingga USD15,000.00(RM50,000.00) sebulan. Apa yang memeranjatkan saya adalah mereka ditawarkan jawatan bertaraf tetap dan bukannya secara kontrak. Sebahagian besar rakyat Malaysia yang bekerja di Syarikat Petrolium dan Gas ini diberikan jawatan bertaraf tetap serta kemudahan-kemudahan lain seperti rumah, air, elektrik dan sebagainya. Sebahagian besar rakyat Malaysia yang bekerja disini adalah dalam kategori professional.

Untuk rekod, Qatar adalah merupakan pengeluar gas yang terbesar dan saya difahamkan reserve atau simpanan gas di perut bumi Qatar boleh bertahan sehingga 200 tahun. Bayangkan betapa bahagianya rakyat mereka yang menikmati hasil kekayaan petrolium dan gas ini.

Saya berasa pelik apabila mendapati ramai rakyat Malaysia yang mencurahkan pengalaman mereka disini serta sanggup meletakkan jawatan di syarikat petrolium di negara sendiri. Mungkin syarikat petrolium di Malaysia hanya membayar gaji yang tinggi kepada ex-patriate yang bekerja secara kontrak. Dalam waktu yang sama rakyat Malaysia yang berhijrah serta diperlukan di Qatar ini, mendapat gaji yang tinggi serta jawatan bertaraf tetap di sini. Tidak hairan jika gaji mereka lebih tinggi dari ex-patriate yang bekerja di Malaysia. Saya berpandangan sekiranya mereka mendapat imbuhan yang tinggi di Malaysia, kemungkinan mereka akan kekal dan tidak berhijrah. Bak kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 

Suka saya menceritakan bahawa Qatar juga berkembang pesat seperti Dubai tetapi mereka tidak bergantung kepada sektor pelancongan. Ketika ini kerajaan menumpukan kepada aktiviti pendidikan serta membangunkan sukan. Walaupun Qatar tewas dalam pengundian untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, kini mereka bekerja keras untuk melobi menjadi penganjur Bolasepak Piala Dunia. Mereka mempunyai kemudahan sukan yang bertaraf antarabangsa serta sedia menganjurkan pelbagai acara.

Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia disini yang banyak membantu kami dan hampir kesemua yang ditemui amat mudah untuk didekati. Secara tidak langsung dapat menambahkan bilangan rakan-rakan. Mungkin kerana saya serta pasukan sentiasa memakai pakaian rasmi pasukan iatu pakaian harimau(tiger shirt) serta nama Malaysia yang terpampang besar dibahagian belakang baju. Saya mendokan supaya mereka terus berjaya disini serta menimba banyak pengalaman-pengalaman baru yang boleh dibawa pulang ke Malaysia satu hari nanti. Rakyat Malaysia mendapat reputasi baik serta dihormati disini dan semoga ianya terus dihormati.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia

Saya dan pasukan tenpin Bowling Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan Bolasepak Malaysia kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menumbangkan tuanrumah Laos 3-1 sebentar tadi.

Sekali lagi Malaysia akan bertemu dengan Vietnam di perlawanan akhir. Seperti diduga Vietnam berjaya menundukkan Singapura di perlawanan separuh akhir dengan jaringan 4-1. Peluang ini perlu dimanafaatkan sebaik-baiknya oleh pasukan negara bagi memastikan pingat emas buat Malaysia.

Saya serta pasukan bowling kebangsaan mendokan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Merugikan banyak pihak

Temasya Sukan Sea yang sedang berlangsung dari dari 12-19 Disember di Laos pada kali ini agak berbeza dari temasya yang diadakan sebelum ini. Sukan-sukan yang dipertandingkan telah dikurangkan dan acara-acara seperti bowling, squash serta beberapa acara lagi tidak dipertandingkan pada kali ini.

Seperkara lagi adalah isu siaran langsung yang mana pada kali ini tidak ada siaran langsung di kaca televisyen sama RTM, TV3 serta Astro. Ini semua gara-gara, negara penganjur yang memberikan hak penyiaran kepada sebuah syarikat dari Thailand. Syarikat ini telah mengenakan bayaran yang tinggi kepada negara-negara yang menyertai Sukan Sea pada kali ini. Keadaan ini akhirnya telah membuatkan negara-negara tersebut memboikot dari menyiarkan siaran langsung. Ini merupakan kali pertama Malaysia tidak menyiarkan siaran langsung temasya Sukan Sea.

Berita terbaru mengatakan RTM terpaksa membayar AS$10,000.00 (RM34,000) untuk mendapatkan hak untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan bolasepak separuh akhir diantara Malaysia menentang Laos. Peminat-peminat bolasepak tempatan amat kecewa kerana tiada siaran langsung ketika pasukan bolasepak Malaysia menewaskan Thailand 2-1 tempohari. 

Situasi ini merugikan banyak pihak terutama kepada peminat yang tidak dapat berkongsi kemeriahan untuk menyaksikan perlawanan, pihak swasta yang banyak menabur wang untuk menaja kejohanan serta negara Laos sendiri yang tidak dapat mempromosikan negara mereka serta produk-produk pelancongan yang ada. Syarikat swasta yang membuat penajaan adalah syarikat-syarikat besar yang mana produk mereka juga dipasarkan dinegara-negara lain. Keadaan ini merugikan mereka kerana produk mereka tidak dapat dipromosikan secara meluas keseluruh negara Asean.

Kerajaan Laos juga pastinya mempunyai harapan untuk mempromosikan produk pelancongan mereka sebagai sebuah destinasi pelancongan di Asean. Saya pasti yang tidak ramai mengetahui tentang Laos dan melalui Sukan Sea kita boleh mendapat maklumat berhubung dengan negara tersebut.

Kesimpulannya disini, disebabkan pihak-pihak tertentu yang ingin mendapatkan untung besar melalui hak penyiaran, negara tuanrumah yang menerima padahnya. Ianya perlu dijadikan pengajaran buat negara-negara yang bakal menganjurkan Sukan Sea kelak.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar.

Monday 14 December 2009

Ahlan Wasahlan…

Syukur Alhamdullilah, saya bersama pemain-pemain negara selamat tiba di Lapangan Terbangan Antarabangsa Doha, Qatar pada jam 3.00 pagi (waktu tempatan) atau sekitar jam 8.00 pagi waktu Malaysia. Cuaca di Doha, Qatar ketika ini pada waktu malam sekitar 18 darjah celcius dan 22 darjah celcius pada waktu siang. Sebaik tiba di kaunter imigresen, kami dikejutkan oleh pihak imigresen Qatar yang meminta visa dari pasukan kami yang mana sepengetahuan kami, visa tidak diperlukan bagi pelawat dari Malaysia. Namun untuk tidak menimbulkan kekalutan, saya akur dengan polisi mereka dan membayar yuran visa sebanyak Qatar Riyal700.00 (RM680.00) untuk 7 orang.

Saya juga bersyukur, semua bagasi dikeluarkan dengan selamat serta mencukupi. Saya amat bimbang dengan penerbangan yang membabitkan transit kerana selalu berlaku bag tidak sampai. Namum, alhamdullilah segalanya selamat dan yang penting dalam keadaan baik. Pengalaman saya yang lalu, Pak Arab ni selalu mencapakkan bag sewenang-wenangnya dan mereka ini kasar orangnya.

Sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan, Saudara Adil dari Qatar Bowling, telah menunggu kami seawal jam 2.00 pagi. Kami terus dibawa ke pengginapan iaitu Reetaj Residence Hotel dengan menaiki coaster. Hotel di Qatar ini agak mahal harganya dan bilik apartment(2 bilik) yang kami duduki berharga QR900.00 semalam (RM870.00). Sebaik sahaja mendaftar masuk ke pengginapan pada jam 4.30pagi , pemain-pemain diarahkan tidur dan berehat secukupnya bagi mengembalikan tahap kecergasan.

Ini adalah kerana mereka akan bermain pada skuad yang pertama malam ini. Pasukan akan bertolak ke venue kejohanan pada jam 3.30 petang ini dengan menaiki kenderaan khas yang disediakan oleh pihak penganjur. Harapan saya moga, seorang daripada mereka layak ke pusingan akhir malam ini. Saya akan menerangkan format perlawanan pada catatan yang akan datang nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Doha, Qatar. 

Kenali Pasukan Bowling Kebangsaan

IMG_0767 Ketika catatan ini dibuat, saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. Penerbangan Etihad Airways tiba di LTAAD pada jam 12.15am waktu tempatan (4.15 waktu Malaysia). Pasukan Malaysia transit disini dan akan meneruskan perjalanan ke Doha, Qatar pada jam 3.00am waktu tempatan. Perjalanan ke Doha, Qatar mengambil 1 jam dan perbezaan waktu antara Doha dan Abu Dhabi adalah 1 jam.

Ramai dikalangan peminat tempatan baik sewaktu di KLIA mahupun di dalam pesawat tertanya-tanya tentang ketiadaan pemain wanita di dalam skuad pada kali ini. Seperti yang saya catatkan sebelum ini, pemain-pemain terdiri dari Alex Liew, Daniel Lim, Zulmazran, Aaron Kong dan Shafiq Ridhwan. Ianya merupakan pertama kali bagi saya memimpin pasukan yang terdiri dari pemain lelaki sahaja. Keputusan telah dibuat oleh jawatankuasa pengurusan MTBC untuk menghantar jumlah pemain yang perlu menyertai kejohanan pada kali ini.

Apa yang menarik, perjalanan kali menemukan ramai peminat yang bertanya dengan anak-anak buah yang berpakaian baju sang harimau atau lebih kami kenali sebagai tiger shirt. Dari petugas di kaunter check-in di KLIA, penumpang-penumpang, hinggalah ke peramugari yang bertugas di pesawat. Keadaan ini berlaku kerana tidak ramai yang mengenali pemain-pemain lelaki kebangsaan. Tidak seperti pemain wanita, siapa tak kenal Shalin Zulkifli, Siti Safiyah serta Wendy Chai. Pelancong asing juga tidak ketinggalan bertanyakan kepada kami pasukan apakah ini. Ramai yang meneka kami pasukan bolasepak, mungkin kerana kami terdiri dari skuad lelaki sahaja.

Skuad lelaki ini adalah dari skuad elit dan kesemua dari mereka pernah menjuarai kejohanan terbuka antarabangsa. Mereka juga pernah memenangi pingat pada Sukan Sea, Sukan Asia dan juga Sukan Komanwel.  Kekurangan publisiti mereka diperingkat antarabangsa mungkin membuatkan ramai yang tidak mengenali mereka.

Saya berharap pemain bowling ini mendapat liputan yang meluas pada masa hadapan kerana mereka juga berjuang untuk mengharumkan nama negara. Ada sukan-sukan yang tidak menyerlah, tetapi pemainnya mendapat publisiti yang hangat. Saya juga mencadangkan agar website Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) menyediakan satu halaman untuk pengenalan pemain-pemain bowling negara. Ini akan dapat memberi ruang kepada peminat mengenali pemain-pemain kebangsaan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Abu Dhabi, UAE

Friday 11 December 2009

9th Qatar International Open Bowling Tournament

image

Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) telah mengambil keputusan untuk menghantar pemainnya beraksi  di 9th Qatar International Open Bowling Tournament yang akan berlangsung dari 12-19 Disember 2009.

Sekali lagi saya diberi kepercayaan oleh pengurusan MTBC untuk memimpin  selaku pengurus pasukan  kebangsaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan MTBC diatas kepercayaan yang diberikan dan insyaallah saya akan memikul tugasan ini dengan penuh tanggungjawab.

Skuad Elit pada kali ini terdiri dari pasukan lelaki sahaja dan jurulatih yang turut serta adalah Ben Heng, bekas pemain Kebangsaan. Pemain yang  akan beraksi pada kejohanan ini adalah Zulmazran, Alex Liew, Daniel Lim, Aaron Kong dan Shafiq Ridhwan Malek.

Kejohanan ini menawarkan hadiah yang lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai 120,000  Euro (RM602,658.00). Juara akan membawa pulang hadiah bernilai 30,000 Euro (RM150,664.00). Pasukan Kebangsaan akan berlepas ke Doha, Qatar pada hari Ahad ini.

Saya berharap para peminat tenpin bowling mendoakan kejayaan pasukan negara dan ikuti catatan saya di sepanjang kejohanan berlangsung melalui blog ini dan juga facebook.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday 10 December 2009

Emas Pertama Negara

Tahniah saya ucapkan kepada atlit wanita Taekwando kategori heavyweight, Chew Chan kerana berjaya merangkul pingat emas pertama buat negara. Berita yang diterima melalui Facebook Pelapis Majlis Sukan Negara petang tadi mengembirakan kem Malaysia.

Kedudukan terkini 1 pingat emas 3 perak dan 7 gangsa dan kontijen Malaysia mempunyai tugas yang berat perlu dipikul bagi mencapai sasaran.

Semoga dengan pingat emas sulong ini akan memberi semangat kepada kontinjen negara untuk terus memburu emas.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday 8 December 2009

Golf Jelajah PGA

Saya tertarik dengan berita Malaysia akan menganjurkan serta diberi kepercayaan untuk menjadi tuanrumah Kejohanan Golf Klasik Asia Pasifik dimana ianya salah satu pertandingan dalam kalender golf jelajah PGA.

Agak sekian lama saya tertanya-tanya, mengapa Malaysia tidak pernah menganjurkan kejohanan PGA seperti yang sering ditayang secara langsung melalui GOLF Channel. Kini segala pertanyaan tersebut terjawab apabila Malaysia bakal menganjurkannya serta bakal menghimpunkan 40 pemain terbaik dunia. Kejohanan akan di adakan di The Mines Resort & Golf Club Seri Kembangan.

Besar kemungkinan kita akan dapat menyaksikan kemunculan pemain nombor satu dunia Tiger Wood beraksi di Kuala Lumpur. Itu pun sekiranya ada pihak-pihak yang ingin menaja yuran penampilan (appearance fee). Walaubagaimanapun saya berharap agar kejohanan ini akan dapat memasarkan Malaysia di mata dunia apabila berjuta-juta peminat diseluruh dunia menyaksikannya.

Difahamkan kejohanan ini merupakan paling lumayan di Asia Tenggara dan sudah pasti ianya akan menjadi tarikan kepada pemain-pemain golf professional.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday 28 November 2009

Sharon Olahragawati Wilayah Persekutuan 2008

25112009(001)

25112009033

Setinggi-tinggi tahniah buat Sharon Koh diatas kejayaan beliau dinobatkan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2008. Majlis anugerah sukan Wilayah Persekutuan 2008 telah berlangsung pada 25 November 2009 yang lalu bertempat di De’ Seri Hendon Puspanitapuri, Putrajaya.

Selain Sharon yang juga merupakan pemain elit negara, Shafiq Ridhwan A. Malik turut dicalonkan bagi anugerah olahragawan Wilayah Persekutuan. Namun Melvin Chua dari sukan renang telah meraih anugerah Olahragawan Wilayah Persekutuan.

Wakil dari tenpin bowling yang turut menerima pencalonan adalah Steven Teng untuk kategori Pegawai Sukan Terbaik dan Dzulkarnian Sapian untuk kategori Jurulatih Terbaik. Namun kedua-duanya tewas kepada Thiagu a/l Ponniyah (karate-Do) untuk Pegawai Sukan Terbaik dan Junaidi bin Bakir (Memanah) bagi Jurulatih terbaik.

Saya sungguh berbangga kerana anugerah ini baru tahun kedua diperkenalkan dan pasukan tenpin bowling berjaya merebut satu tempat bagi anugerah yang dipertandingkan. Untuk rekod tahun lalu Y.Bhg. Tan Sri Mohamed Noor bin Abdul Rahim, Presiden Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya meraih anugerah Tokoh Sukan 2007.

Insyaallah tenpin bowling akan cuba mencalonkan pemain-pemain yang berpotensi dan berjaya mengharumkan nama Wilayah Persekutuan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday 19 November 2009

Syabas Zul dan Safi

Mara dan terus mara ke hadapan.. Syabas kepada Zulmazran dan Siti Safiyah kerana melayakkan diri ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Bowling Piala Dunia AMF Qubica di Pusat Bowling Antarabangsa Melaka. Zulmazran yang ketinggalan di hari pertama telah bangkit di hari kedua dan seterusnya mempamerkan permainan konsisten.

Saya mendoakan semoga mereka berjaya ke peringkat separuh akhir. Insyaallah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday 9 November 2009

Sukar dikekang

Walau apapun, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Bowling JKDM ke Sukan Kewangan kerana menduduki tempat kedua di kejohanan bowling Pesta Sukan Kewangan yang berlangsung di ARL Powerbowl, Alamanda.

Pasukan JKDM  dibawah pimpinan Saudara Nadzri Che Ani sekali lagi gagal mengekang penguasaan KWSP yang rata-rata dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman seperti Rosli Malek, Amir, Yusri dan beberapa pemain yang aktif dalam sukan tenpin bowling sejak tahun 2000 lagi.

Pada satu ketika LHDN merupakan saingan buat KWSP dan dua pasukan ini sering berentap merebut tempat pertama. Namun apa yang dilihat, pasukan LHDN agak merudum sejak kebelakangan ini dan mungkin disebabkan ketandusan pemain-pemain senior di dalam pasukan mereka.

Namun begitu, tempat kedua adalah merupakan pencapaian yang terbaik dan sewaktu saya memimpin pasukan pada tahun 2002, JKDM mendapat tempat kedua dibelakang KWSP dengan perbezaan hanya 50 pin. Apa pun cuba lagi ditahun hadapan, moga-moga mendapat kejuaraan sulung buat JKDM.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday 8 November 2009

Tahniah buat Negeri Sembilan

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia setelah penantian yang lama sejak 1948 untuk menjulang piala yang berprestij itu. Cubaan 2 kali di final Piala Malaysia iaitu 2000 dan 2006 akhirnya membawa tuah buat anak-anak buah Wan Jamak selaku jurulatih Negeri Sembilan.

Tahniah juga kepada Presiden PBNS, Dato' Mohammad Hassan kerana memimpin badan sukan itu dengan cemerlang. Piala disampaikan oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday 7 November 2009

Tahniah Siti Zulaikha

Siti Zulaikha

Sekalung tahniah buat Siti Nurzulaikha Ismail kerana menerima bantuan RM1000 dari SportExcel diatas kecemerlangan yang telah dipamerkan sepanjang penglibatan beliau dalam sukan tenpin bowling. Bantuan atau geran tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar pada hari Selasa yang lalu. Siti yang baru berusia 11 tahun telah mengecapi banyak kejuaraan tempatan dan merupakan harapan negara pada masa depan.

Saya secara peribadi amat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana pernah melatih Siti ketika berusia 8 tahun apabila beliau mengikuti program Sukan Teras bawah 12 tahun pada tahun 2006. Pada tahun ini saya berpeluang untuk melatih beliau semula di dalam program pembangunan remaja tajaan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP). Beliau mempunyai perjalanan yang jauh lagi serta mampu menjadi permata bowling negara pada satu hari nanti. Banyak aspek yang perlu dipelajari dan pengalaman yang perlu ditimba oleh Siti untuk menggapai kecemerlangan dan sukan bowling.

Mohd Hisham Mohd Nor

Sunday 1 November 2009

Kunjungan Pasukan Bowling PKN Terenganu ke Putrajaya



KBKPj mengalu-alukan kunjungan Pasukan Bowling PKN Terengganu ke Putrajaya pada 30 Oktober yang lalu. Sehubungan dengan itu satu perlawanan persahabatan telah diadakan pada 30 Oktober 2009 bertempat di ARL Powerbowl, Alamanda. Turut memeriahkan pertandingan ialah Y.Bhg. Dato' Hassan Ibrahim, Penasihat KBKPj, Y.Bhg. Dato' Azis Yacub, Presiden Kehormat KBKPj yang juga PKN Terengganu serta Datin Rosaini, Penasihat KBKPj.

Seramai 40 peserta dari Putrajaya dan Terengganu telah mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan ini dan acara pasukan dimenangi oleh pasukan KBKPj. Acara penyampaian hadiah diadakan pada jamuan makan malam di Putra Executive Lounge, Putrajaya.

Saya amat gembira kerana program ini berjalan dengan jayanya dan diharap ianya akan diadakan dimasa akan datang. Pada ucapan aluan, saya mencadangkan supaya satu perlawanan persahabatan Pasukan Bowling KBKPj dengan negeri-negeri PAKAT(Kelantan, Terengganu dan Pahang) di adakan pada tahun hadapan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday 28 October 2009

Menjelang Perlawanan Persahabatan

Insyaallah pada 30 Oktober 2009 (Jumaat) ini akan berlangsung perlawanan Persahabatan KBKPj vs. Pasukan PKN Terengganu. Ianya merupakan kunjungan balas pasukan PKN Terengganu ke Putrajaya selepas KBKPj melakukakan lawatan ke Terengganu pada bulan Ogos yang lalu.

Persiapan bagi menyambut tetamu telah dibuat sejak awal bulan Oktober dan kini KBKPj telah bersedia untuk menerima kunjungan Pasukan PKN Terengganu.

Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa KBKPj yang telah bertungkus lumus bagi memastikan perlawanan persahabatan ini menjadi kenyataan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday 17 October 2009

Selamat Hari Deepavali

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh sahabat-sahabat yang menganut agama hindu. Semoga pesta cahaya pada tahun ini akan dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum yang berbilang bangsa serta menyemarakkan semangat Satu Malaysia.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Friday 16 October 2009

Chef-de-mission Sukan Asia 2010

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara diatas pemilihan beliau sebagai Chef-de-mission ke Sukan Asia 2010 di Guangzhou. Keputusan tersebut telah diumumkankan oleh Majlis Olimpik Malaysia (OCM) kelmarin.

Dengan pemilihan tersebut, beliau telah mengambil tindakan pantas dan proaktif dengan mengarahkan persatuan sukan kebangsaan untuk menamakan pengurus pasukan masing-masing selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Sasaran beliau adalah mengatasi pencapaian Sukan Asia di Doha, Qatar pada tahun 2006. Pada ketika itu saya turut bersama kontijen bowling selaku Penolong Pengurus pasukan tenpin bowling dan berjaya meraih 3 pingat emas selaku penyumbang terbesar untuk pingat negara. Saya percaya dengan ketegasan Dato’ Zolkples, kontijen mampu meraih keputusan yang lebih baik berbanding di Doha dan tugas berat ini perlu dipikul bersama oleh setiap pasukan yang mengambil bahagian.

MOM turut mengumumkan perlantikan Dato’ Mohd Nadzmi Salleh, Presiden BAM sebagai Ketua Kontijen Sukan Komanwel di New Delhi tahun depan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Friday 9 October 2009

Hari Raya JKDM

Pagi tadi saya menghadiri jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya. Sambutan agak meriah dan di serikan dengan kehadiran tetamu jemputan seperti Menteri Kewangan II, mantan KP serta warga jabatan. Saya sempat merakamkan foto-foto menarik di sepanjang majlis tersebut.

IMG_0267Pada sebelah petangnya saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa KBKPj Bil. 8/2009 dan mesyuarat telah memutuskan untuk membuat persiapan bagi Perlawanan Persahabatan dengan JKDM Terengganu pada 30 Oktober ini.

Mohd Hisham Mohd Nor

Thursday 8 October 2009

Rumah Terbuka Kementerian Belia dan Sukan

08102009

Sebentar tadi saya meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Majlis tersebut diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil bermula seawal jam 11.00 pagi lagi.

Berbagai juadah berkonsepkan gerai-gerai disediakan bagi memenuhi keperluan tetamu yang hadir. Para tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan yang mengasyikkan dari Hattan, Stacy, Man Kidal serta beberapa artis popular.

Acara ini merupakan acara tahunan dan ianya dapat merapatkan hubungan dikalangan atlet dalam semua lapangan atau bidang sukan dan pada waktu inilah mereka dapat bersua pada suatu masa yang sama. Diharap juga agar persatuan-persatuan sukan dapat menganjurkan rumah terbuka masing-masing agar persahabatan serta semangat kesukanan dapat dieratkan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday 4 October 2009

Olimpik 2016 – Rio De Janeiro

Syabas kepada Bandaraya Rio De Janeiro kerana dipilih buat pertama kalinya sebagai tuanrumah Olimpik 2016. Ianya juga merupakan penghormatan buat bumi Amerika Latin kerana pertama kalinya diadakan di di Amerika Selatan. Seluruh warga Brazil bersorak apabila diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) di Copenhagen, Denmark.

Rio De Janeiro berjaya menewaskan Madrid dalam pusingan akhir undian dan ianya merupakan kejayaan yang amat bermakna buat Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula Da Silva. Bandaraya Chicago turut membida untuk menjadi tuan rumah bagi temasya sukan terbesar dunia itu dan wanita pertama Amerika, Michelle Obama telah berada 2 hari awal di Copenhagen untuk melobi Bandaraya Chicago sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2016.

brazil-topperRamai yang berpendapat ianya merupakan pemilihan yang tepat dan ianya memberi peluang kepada Brazil yang terkenal dengan sukan bolasepak untuk menimba pengalaman dalam menganjurkan sukan terbesar dunia ini. Rio De Janeiro mempunyai tempoh yang lama iaitu lebih kurang 7 tahun dari sekarang untuk membuat persiapan dan saya pasti mereka akan lebih bersedia dan tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday 28 September 2009

Jawatankuasa MTBC 2010-2012

Barisan kepimpinan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) untuk tempoh 2010-2012 yang diterajui oleh Y.Bhg. Dato' P.S Nathan selaku Presiden dan Y.Bhg. Tan Sri Mohamad Noor bin Abdul Rahim selaku Timbalan Presiden.

Barisan belakang dari kiri adalah Ahli Majlis iaitu Roliah Harun, Steven Teng, Kamal Ariffin, Michelle Wong, Mohd Hisham Mohd Nor, Tengku Zahri, Haji Jamaludin dan George Tan (Bendahari).

Barisan depan dari kiri adalah Sidney Tung (Setiausaha Agung/Pengarah Eksekutif), Maradona Chok(Naib Presiden-Sabah/Sarawak Region), Kenny Yap (Naib Presiden-East Coast Region), George Heng (Naib Presiden Kanan), Dato' P.S Nathan (Presiden), Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim (Timbalan Presiden), Dato' Badaruddin Sheikh Ahmad (Naib Presiden-Central Region), B.C Cheah (Naib Presiden-Northern Region) dan Salim Muda (Naib Presiden-Southern Region).

Gambar dirakamkan oleh Terence Yaw, Penolong Setiausaha Kehormat.

Sunday 27 September 2009

Tahniah Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim

Saya mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohamad Noor bin Abdul Rahim, kerana telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Kongress Tenpin Bowling Malaysia pada Mesyuarat Agung tahunan kongress petang tadi di Sunway Pyramid.

Tahniah juga kepada Y.Bhg. Dato' Dr. P.S Nathan kerana mengekalkan kerusi Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi. Begitu juga dengan seluruh barisan jawatankuasa yang mengekalkan kerusi masing-masing termasuk saya sendiri yang mengekalkan jawatan Elected Council Member untuk penggal yang kedua.

Rakan saya Saudara Salim bin Muda dari Persatuan Sukan Tenpin Bowling Johor pula merupakan pendatang baru dalam barisan kepimpinan dan dipilih untuk jawatan Naib Presiden bagi kawasan Selatan (Southern Region)a apabila melihat perjalanan mesyuarat yang begitu lancar dan saya dapat merasakan perjalanan pentadbiran kongress ini tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur politik.

Semoga banyak kejayaan akan dicapai untuk tempoh 3 tahun yang mendatang ini. Insyaallah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday 20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Saya mengambil kesempatan di pagi 1 Syawal 1430 untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan yang beragama islam di seluruh pelusuk dunia, semoga di hari berbahagia ini dapatlah kita bermaaf-maafan sesama kita serta merapatkan lagi siratulrahim.
Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday 16 September 2009

Tahniah Adrian

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain bowling muda negara, Adrian Ang diatas kejayaan beliau merangkul kejayaan di Rollhouse Ankara Open 2009 di Turki yang berakhir pada hari Ahad yang lalu.

Dimaklumkan kejayaan ini merupakan yang pertama buat Malaysia pada kejohanan yang dianjurkan di benua Eropah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday 15 September 2009

Pasukan F1 Malaysia

Syabas kepada Malaysia yang menjadi pasukan yang ke-13 di dalam F1. Difahamkan pasukan ini dikenali sebagai pasukan F1 1Malaysia. Beberapa nama penting di dalam dunia korporat telah menjadi nadi kepada realitinya impian ini dan saya berharap ianya akan dapat mengegarkan nama Malaysia kerana sukan motor F1 ini mempunyai jutaan peminat diserata dunia. Dimaklumkan juga projek ini merupakan kerjasama antara proton dan lotus.

Di kala pasukan F1 Toyota ingin menarik diri dari F1 kerana kekangan kewangan di zaman kelembapan ekonomi, Malaysia mengistiharkan menubuhkan sebuah pasukan baru. Ini satu petanda yang baik serta membukti mereka mempunyai kedudukan kewangan yang cukup baik. Pastinya pelaburan dalam sukan F1 ini bukanlah satu jumlah yang kecil dan ianya melibatkan billion ringgit. Petronas, syarikat petroleum negara sendiri telah melabur berbilion dollar dalam menaja pasukan F1 BMW Sauber.

Hasilnya mungkin tidak dapat dilihat dalam waktu yang terdekat dan ianya memakan masa yang lama untuk mendapat pulangan barangkali. Saya masih ingat ketika Alex Yoong cuba untuk mendapatkan penaja bagi membolehkannya menjadi pelumba F1 negara yang pertama dalam pasukan Minardi. Segala usaha telah dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu beliau dan mujurlah Syarikat Lion Corp dengan jenama Magnum tampil untuk membantu. Hasilnya, walaupun nama Malaysia agak dikenali tetapi beliau sering berada ditempat yang tercorot atau terakhir. Adakalanya tersingkir sebelum sempat menghabiskan pusingan. Apakah isu yang sebenarnya, jentera@enjin yang digunakan atau pemandu. Ada dikalangan peminat yang mengatakan sekiranya beliau memandu jentera F1 Ferrari atau BMW, beliau boleh berada di kedudukan yang terbaik. Sejauhmana kebenaran kenyataan ini tidaklah dapat kita pastikan.

Apa yang dijanjikan enjin yang bakal dihasilkan adalah yang terbaik dan mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan F1 yang lain. Difahamkan beberapa nama telah dicalonkan sebagai pemandu F1 1Malaysia. Adakah Fairoz Fauzi tergolong didalam pencalonan ini? Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang sukan lumba kereta ini apabila menyertai perlumbaan F3 dalam beberapa jelajah di Eropah. Pengalaman beliau ini boleh dijadi aset untuk beliau menggapai cita-cita menjadi pemandu F1 kelak. Ataupun ada kemungkinan Alex Yoong akan kembali beraksi berdasarkan pengalaman beliau dalam F1. Semuanya akan terjawab apabila nama-nama pemandu akan dimaklumkan atau diumumkan pada 31 Oktober ini.

Sumber penajaan merupakan sebahagian dana atau modal yang diperlukan untuk menampung kos operasi dalam sukan F1 ini. Pelaburan Petronas boleh dianggap berbaloi kerana syarikat petroleum negara ini mempunyai rangkaian pelaburan yang besar diseluruh dunia. Kita berasa bangga apabila melihat stesen minyak Petronas diluar negara, sebagai contohnya apabila saya melawat Thailand dan Vietnam, saya sungguh terharu dan bangga melihat stesen minyak Petronas berada disana. Oleh itu penajaan yang besar memainkan peranan yang penting bagi menggerakkan aktiviti ini. Penajaan F1 lebih bersifat memasarkan jenama diperingkat antarabangsa dan sudah pasti syarikat yang mempunyai rangkaian atau pelaburan antarabangsa akan menyertai pasaran ini. Adakalanya kita hanya mengenali nama atau jenama sahaja tanpa mengetahui apakah produk bagi jenama yang diiklankan.

Saya bangga dengan projek yang mendapat sokongan kerajaan ini dan sangat berharap agar segala usaha yang dikerahkan untuk tujuan ini akan dapat menaikkan nama Malaysia. Sejak Tun Dr. Mahathir berasa dari menjadi Perdana Menteri, saya merasakan ini merupakan satu keputusan besar dan membangga Malaysia yang pertama selepas beliau bersara. Sudah sekian lama tidak kedengaran projek-projek mega yang uummph!! diumumkan oleh Perdana Menteri. Jadikan pasukan-pasukan yang berjaya sebagai contoh agar kita dapat mengambil sesuatu yang dapat memberi keuntungan kepada negara kita.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday 22 August 2009

Salam Ramadhan

Saya mengambil kesempatan untuk mencucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan beragama Islam yang berada dimana jua. Semoga di bulan yang mulia ini, sama-sama kita melipat gandakan ibadah semoga ianya diberkati Allah S.W.T. Insyaallah. Semua aktiviti-aktiviti latihan sukan ditangguhkan buat seketika dan akan bersambung semula pada akhir bulan September nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday 19 August 2009

Penguasaan Team Malaysia

Pasukan Elit Malaysia terus menguasai arena bowling Senayan apabila Zulmazran Zulkifli muncul sebagai juara pada 7th Indonesia International Open, Senayan Bowling Centre Sabtu yang lalu. Beliau menewaskan rakan sepasukan Syafiq Ridhwan pada perlawanan akhir 227-221.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka yang berjaya mengekalkan kejuaraan Individu. Tahun lalu Alex Liew muncul sebagai juara buat kali ketiga untuk diri beliau.

Zulmazran membawa pulang jutaan rupiah apabila hadiah yang ditawarkan pada kejohanan ini meningkat 20 juta rupiah. Tahun lalu ketika Alex muncul sebagai juara beliau membawa pulang 100 juta rupiah (RM35,000.00) dan pada tahun ini Zulmazran meraih hadiah sebanyak 120 juta rupiah (RM42,000.00). Syafiq yang menduduki tempat kedua membawa pulang 60 juta rupiah (RM21,000.00).

Mohd Hisham Mohd Nor.

Manusia Terpantas

Pelari terpantas dunia, Usain Bolt dari Jamaica, sekali lagi menggegarkan dunia apabila beliau mencipta rekod dunia buat kali ketiga pada acara 100meter dengan catatan 9.58 saat pada satu kejohanan dunia di Berlin, Jerman hari Ahad yang lalu. Beliau telah memecah rekod yang dicipta oleh beliau sendiri pada Sukan Olimpik di Beijing tahun lalu iaitu 9.69 saat.

Beberapa pengkaji sukan telah membuat beberapa kajian berhubung dengan kepantasan manusia. Terbaru adalah hasil kajian dari Universiti Tilburg, Netherland menjangka seseorang pelari pecut mampu mencatatkan rekod sehingga 9.51 saat.

Tetapi lain pula dengan cita-cita Bolt dimana beliau memberi amaran bahawa rekod dunia bagi acara 100 meter yang berikutnya adalah 9.4 saat yang bakal dilakukan oleh beliau dan rekod tersebut akan terhenti disitu untuk satu ketika.

Gelaran manusia terpantas di dunia mula diberikan kepada pelari Amerika iaitu Donald Lippiincott yang mencatatkan kepantasan 10.6 saat pada tahun 1912. Selepas itu banyak rekod telah dicipta sehingga kepantasan dibawah 10 saat dicpta oleh Jim Hines dengan kepantasan 9.9 saat. Beberapa bulan berikutnya beliau mencatatkan 9.95 saat dan ianya bertahan selama 23 tahun sebelum Carl Lewis melakar catatan baru iaitu 9.86 saat pada tahun 1991.

Kemajuan serta perkembangan sains dalam sukan telah menggalakkan atlet-atlet mencipta rekod baru. Dengan bersandarkan beberapa teori dan kajian, mampukah Bolt mencatatkan masa 9.4 saat untuk misi beliau yang seterusnya. Sama-samalah kita ikuti perkembangan beliau untuk mencapai misi tersebut.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Saturday 15 August 2009

Squash diketepikan

Melalui Buletin Utama, segmen sukan malam tadi telah menyiarkan keputusan IOC berhubung penerimaan squash ke Olimpik. Ini kekecewaan kali kedua rakan sukan dan peminat squash untuk melihat sukan itu beraksi ke Sukan Olimpik 2016. Squash telah gagal ke Sukan Olimpik 2012 di London, namun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Badan Dunia Squash untuk melihat ia sampai ke peringkat Sukan yang tertinggi di dunia.

Saya pasti sahabat saya iaitu Datuk A. Sani Karim, Presiden SRAM dan juga Presiden Persekutuan Squash Asia merasa hampa dengan keputusan ini. Begitu juga dengan pemain nombor satu wanita dunia, Datuk Nicole David yang pasti kecewa kerana beliau juga terlibat secara langsung dalam kempen melobi sukan ini ke Olimpik.

Bagi IOC, sukan squash masih belum popular dikalangan peminat sukan dunia untuk dipertandingkan di Olimpik. Namum saya mengucapkan syabas kepada SRAM diatas usaha bersama badan dunia melobi bagi memastikan sukan squash ke Olimpik. Saya berharap supaya usaha-usaha ini diteruskan lagi di masa-masa hadapan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday 6 August 2009

KBKPj Friendly Match Tour 2009


KBKPj telah mengadakan lawatan ke Terengganu serta mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan PKN Terengganu pada 2 Ogos yang lalu. Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan di KT Bowl, Astaka Shopping Centre, Kuala Terengganu.

Seramai 40 orang pemain dari kedua-dua pasukan menyertai pertandingan tersebut dan ianya merupakan perlawanan persahabatan yang pertama buat KBKPj dan aktiviti diluar Wilayah Persekutuan yang pertama.

Selain dari aktiviti bowling, pemain turut mengadakan lawatan serta menjadi tetamu Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung. Mereka telah diberi taklimat oleh Pengurus Besar TTI sendiri serta diberi layan istimewa.

Pemain-pemain sempat menikmati Keropok lekor goreng dan rebus serta minum petang di Losong sebelum meneruskan acara pertandingan Karoeke pada waktu malam. Acara karoeke telah diadakan di pejabat kastam dan hadiah-hadiah ditaja oleh PKN sendiri.

Dihari terakhir lawatan para pemain mengambil kesempatan untuk membeli belah di Pasar Payang, Kuala Terengganu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya. Saya sungguh bersyukur kerana projek yang telah lama dirancang telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini memberi semangat kepada seluruh Jawatankuasa untuk bekerja dengan lebih gigih untuk merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Kelmarin, saya telah mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa KBKPj dan beberapa tindakan proaktif telah diambil untuk menggerakkan aktiviti sebelum ramadhan menjelang tiba. Aktiviti sesi latihan kelab akan diadakan pada 10 Ogos dan perlawanan persahabatan dengan KBKWPKL akan diadakan pada 19 Ogos di IOI Mall, Puchong.

Jawatankuasa juga telah memutuskan untuk mengadakan beberapa aktiviti mega selepas Hari Raya nanti dan ianya akan diumumkan pada bulan Oktober nanti. Beberapa perlawanan persahabatan juga turut diatur bagi merancakkan aktiviti-aktiviti kelab.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah banyak memberi sokongan padu kepada Kelab dan saya berharap agar sokongan yang berterusan ini akan menjadikan KBKPj terus maju dalam menaikkan imej bowling jabatan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday 26 July 2009

Fun Bowling

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa KBKPj kerana telah berjaya menganjurkan Fun Bowling di ARL Bowling di Alamanda. Sesungguhnya segala usaha murni tersebut dapat melahirkan ramai pemain-pemain yang berbakat di peringkat jabatan.

Difahamkan seramai 30 orang pemain telah mengikuti program ini dan ianya merupakan satu sambutan yang baik pada kali ini. Pemain-pemain yang mengikuti Fun Bowling pada kali ini sekiranya terpilih berpeluang mengikuti lawatan KBKPj ke Terengganu dan mengadakan perlawanan persahabatan KBKPj vs. Pasukan PKN Terengganu.

Insyallah dengan sambutan yang sebegini akan memberi semangat kepada jawtankuasa untuk menganjurkan lebih banyak program kepada ahli-ahli.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Aksi Cemerlang Pemain Pelapis

Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 24 Julai dan berakhir pada hari ini. Pusingan kali ini dihoskan oleh Negeri Selangor dan berlansung di Megalane Sunway, Sunway Pyramid.

Saya telah meluangkan masa selama 2 hari iaitu sejak petang jumaat dimana acara Boys Graded sedang berlangsung. Seramai 5 orang pemain pelapis dibawah kndalian saya telah beraksi dalam kategori ini dan mereka ialah Syaffique Ikhwan, Nur Shafiq, Amirul Fahmi, Muhammad Amirul dan Ian Tan Jun-Fei. Muhamad Amirul dan Nur Shafiq telah melayakkan diri ke pusingan ke-2 pada hari Sabtu. Mereka bermain 8 game dipusingan pertama dan menyaksikan Nur Shafiq bermain average 185 dan Muhammad Amirul 190.

Bagi acara Boy Open, hanya seorang saya pemain pelapis iaitu Yap Sai Mun. Beliau telah beraksi dengan cemerlang pada pusingan pertama dan melayakkan diri kepusingan ke-2 dengan bermain average 210. Saya amat berpuashati dengan persembahan beliau dan telah menunjukkan kesunggahan serta memberi tumpuan dari game pertama hingga game ke lapan.

Dalam pusingan ke-2 bagi acara Boys Graded, Muhammad Nur Syafiq telah bermain cemerlang jika dibandingkan dipusingan pertama apabila mencatatkan average 195 manakala Muhamad Amirul sekadar mencatatkan average 178. Walaupun tidak layak ke pusingan akhir Step Ladder, namun saya berpuashati diatas kesungguhan mereka kerana baru 4 bulan mengikuti program ini

Boys Open pula menyaksikan persembahan yang agak muram dari Yap Sai Mun. Beliau mencatatkan 222,162,221,178,190 dan 244. Kejatuhan pada game kedua telah membuatkan beliau mengigit jari apabila berada ditempat ke-11. Hanya 8 pemain sahaja yang akan dipilih ke perlawanan akhir Step Ladder dan beliau sekadar memelukan 28 pin untuk berada ditangga ke-8.

Walaubagaimanapun, saya berpuashati dengan persembahan pemain serta kesungguhan yang ditunjukkan pada kejohanan kali ini dan mereka perlu bekerja dengan lebih keras selepas ini bagi memastikan prestasi sentiasa berada ditahap yang teratas.

Kategori Girls Graded pula menyaksikan kedua-dua puteri bowling pelapis iaitu Syazana Lokman dan Syakeira Abdul Ghani gagal melayakkan diri kepusingan kedua. Banyak pendedahan yang perlu diberi kepada pemain-pemain ini agar mereka dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Mohd Hisham Mohd Nor.