Sunday 26 July 2009

Fun Bowling

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa KBKPj kerana telah berjaya menganjurkan Fun Bowling di ARL Bowling di Alamanda. Sesungguhnya segala usaha murni tersebut dapat melahirkan ramai pemain-pemain yang berbakat di peringkat jabatan.

Difahamkan seramai 30 orang pemain telah mengikuti program ini dan ianya merupakan satu sambutan yang baik pada kali ini. Pemain-pemain yang mengikuti Fun Bowling pada kali ini sekiranya terpilih berpeluang mengikuti lawatan KBKPj ke Terengganu dan mengadakan perlawanan persahabatan KBKPj vs. Pasukan PKN Terengganu.

Insyallah dengan sambutan yang sebegini akan memberi semangat kepada jawtankuasa untuk menganjurkan lebih banyak program kepada ahli-ahli.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Aksi Cemerlang Pemain Pelapis

Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 24 Julai dan berakhir pada hari ini. Pusingan kali ini dihoskan oleh Negeri Selangor dan berlansung di Megalane Sunway, Sunway Pyramid.

Saya telah meluangkan masa selama 2 hari iaitu sejak petang jumaat dimana acara Boys Graded sedang berlangsung. Seramai 5 orang pemain pelapis dibawah kndalian saya telah beraksi dalam kategori ini dan mereka ialah Syaffique Ikhwan, Nur Shafiq, Amirul Fahmi, Muhammad Amirul dan Ian Tan Jun-Fei. Muhamad Amirul dan Nur Shafiq telah melayakkan diri ke pusingan ke-2 pada hari Sabtu. Mereka bermain 8 game dipusingan pertama dan menyaksikan Nur Shafiq bermain average 185 dan Muhammad Amirul 190.

Bagi acara Boy Open, hanya seorang saya pemain pelapis iaitu Yap Sai Mun. Beliau telah beraksi dengan cemerlang pada pusingan pertama dan melayakkan diri kepusingan ke-2 dengan bermain average 210. Saya amat berpuashati dengan persembahan beliau dan telah menunjukkan kesunggahan serta memberi tumpuan dari game pertama hingga game ke lapan.

Dalam pusingan ke-2 bagi acara Boys Graded, Muhammad Nur Syafiq telah bermain cemerlang jika dibandingkan dipusingan pertama apabila mencatatkan average 195 manakala Muhamad Amirul sekadar mencatatkan average 178. Walaupun tidak layak ke pusingan akhir Step Ladder, namun saya berpuashati diatas kesungguhan mereka kerana baru 4 bulan mengikuti program ini

Boys Open pula menyaksikan persembahan yang agak muram dari Yap Sai Mun. Beliau mencatatkan 222,162,221,178,190 dan 244. Kejatuhan pada game kedua telah membuatkan beliau mengigit jari apabila berada ditempat ke-11. Hanya 8 pemain sahaja yang akan dipilih ke perlawanan akhir Step Ladder dan beliau sekadar memelukan 28 pin untuk berada ditangga ke-8.

Walaubagaimanapun, saya berpuashati dengan persembahan pemain serta kesungguhan yang ditunjukkan pada kejohanan kali ini dan mereka perlu bekerja dengan lebih keras selepas ini bagi memastikan prestasi sentiasa berada ditahap yang teratas.

Kategori Girls Graded pula menyaksikan kedua-dua puteri bowling pelapis iaitu Syazana Lokman dan Syakeira Abdul Ghani gagal melayakkan diri kepusingan kedua. Banyak pendedahan yang perlu diberi kepada pemain-pemain ini agar mereka dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday 22 July 2009

World Womens Championship 2009

Puteri-puteri Bowling negara telah pun selamat tiba di Kota Perjudian Terkemuka Dunia, Las Vegas pagi kelmarin bagi mengharungi cabaran di kejohanan World Womens Championship 2009. Mereka adalah terdiri Wendy Chai, Shalin Zulkifli, Zandra Aziela, Siti Safiyah, Sharon Koh dan Esther Cheah.

Saya dimaklumkan oleh Saudara BC Cheah yang bertindak selaku Pengurus Pasukan bahawa cuaca agak panas ketika ini iaitu sekitar 41 darjah celcius. Kejohanan ini diadakan di gelanggang 72 lane Strike Zone Bowling Centre dari 25 Julai hingga 3 Ogos 2009.

Saya mendoakan agar puteri-puteri bowling negara ini membawa pulang kejayaan buat negara.

Mohd Hisham Mohd Nor

Tuesday 21 July 2009

Syabas Skuad Bolasepak Malaysia

Saya mengucapkan tahniah kepada skuad bolasepak kebangsaan atas kecemerlangan ketika menentang Kelab terkemuka dunia Manchester United. Walaupun tewas 3-2 pada perlawanan pertama dan 2-0 di perlawanan ketiga, ianya tetap membanggakan anak-anak buah Raja Gopal yang berhempas pulas mendapatkan gol.

Gol pertama Malaysia jaringan Amri Yahyah pada minit ke-45 separuh masa pertama di perlawanan pertama cukup membuktikan para pemain negara mampu bermain cemerlang apabila melawan pasukan-pasukan besar dunia. Saya sendiri amat terpegun melihat gol yang di hasilkan oleh Amri dan ianya menggambarkan pemain kita mampu menghasil gol-gol yang bertaraf dunia.

Kekuatan bahagian serangan perlu dipertajamakan kerana ianya merupakan kelemahan yang sudah lama tidak dipulihkan. Finishing di bahagian serangan begitu ketara sekali dan ianya perlu diberi perhatian yang segera.

Saya juga berharap agar skuad kebangsaan ini dapat diuji dengan pasukan-pasukan besar Asia seperti Korea Selatan dan Jepun. Syabas sekali lagi kepada skuad bolasepak negara dibawah bimbingan K. Raja Gopal.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday 14 July 2009

Rangsangan Aktiviti

1. Minggu lepas saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KBKPj. Setelah sekian lama KBKPj mendiamkan diri dan kini kembali dengan 'Pakej Rangsangan Aktiviti' yang bakal merancakkan aktiviti-aktiviti bowling.

2. Aktiviti-aktiviti KBKPj bergerak perlahan beberapa ketika kerana ahli-ahli jawatankuasa agak sibuk dengan tugasan hakiki masing-masing. Saya memohon maaf kepada ahli-ahli diatas situasi ini dan insyaallah kini segalanya telah diatur bagi memastikan ianya berada di landasan kembali.

3. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini adalah Lawatan Perlawanan Persahabatan Bersama KDRM Terengganu yang dijangka pada 1-3 Ogos ini. Lawatan ini adalah atas undangan Pengarah KDRM Terengganu, Y.Bhg. Dato Azis Yacub yang juga merupakan Penasihat KBKPj. Segala persiapan telah diatur dan insyaallah ianya dapat dilaksanakan mengikut jadual.

4. Aktiviti Fun Bowling akan diteruskan dan dijadualkan pada 24 Julai 2009. Ianya sebagai pertandingan pemanas badan sebelum beraksi di Terengganu nanti. Saya menyeru agar ahli-ahli yang berminat untuk terus aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday 11 July 2009

Tahniah Datuk Sani

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk A. Sani Karim, Presiden Skuash Asia dan Presiden SRAM diatas pengurniaan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dari TYT Negeri Pulau Pinang.

Mohd Hisham Mohd Nor

Sirkit Remaja Peringkat Negeri Selangor

1. Pusingan terakhir Sirkit Remaja Kebangsaan akan diadakan pada 24-26 Julai di Megalanes Sunway. Selangor akan menjadi tuanrumah untuk pusingan yang terakhir ini sebelum GP Final pada pertengahan bulan Ogos yang bakal akan berlangsung di tempat yang sama.

2. Persembahan pemain-pemain Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terutamanya pemain untuk program pembangunan yang ditaja oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan sungguh mengecewakan saya kerana mereka tidak menampakkan kesungguhan serta semangat untuk bertanding. Program latihan akan dirangka semula dan sesi latihan mental akan dipertingkatkan lagi supaya pemain-pemain benar-benar bersedia untuk menangani situasi pada kejohanan.

3. Sesi latihan mental yang telah diadakan pada 27 Jun yang lalu, saya memberi penekanan kepada prinsip asas persediaan mental pemain seperti latihan imagery/bayangan, self-talk/kata kendiri, relaxation serta beberapa teknik dalam persediaan mental.

4. Insyaalah, menjelang Sirkit di Selangor ini, saya akan cuba memberi sedikit pendedahan berhubung dengan konsep Fokus/Concentration. Apa yang saya dapati sewaktu di Seremban, pemain tidak begitu fokus dengan permainan dan mudah hilang tumpuan hingga menyebabkan permainan mereka merudum dengan mudah. Keadaan ini akan cuba kita atasi agar pemain dapat menumpukan permainan dari awal hingga akhir.

5. Diperingkat permulaan, fokus ketika latihan amat penting kerana dan ini akan diberi perhatian yang serius kepada setiap pemain-pemain. Saya telah memberi amaran sewaktu taklimat Isnin yang lalu, sekiranya pemain tidak bersedia jangan sertai Sirkit Selangor. Dan sekiranya bersedia, berjanji pada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik.

6. Pemain-pemain menyatakan persetujuan mereka dan saya akan berusaha memperbaiki kelemahan pemain dalam waktu yang terdekat ini. Saya sangat percaya, mereka ini mampu melakukan yang terbaik, malah lebih baik dari pemain-pemain senior sekiranya mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday 9 July 2009

Umirah Gegarkan Sirkit NS

Mungkin belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada Umirah Raduan diatas kejayaan beliau menjulang kejuaraan di Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan, bagi kategori Girls Open pada hari Ahad yang lalu. Kejohanan berlangsung di Ampang Superbowl, Seremban Parade dari 3-5 Julai 2009. Umirah pernah bersama Program Sukan Teras dari tahun 2006 hingga 2008 dan walaupun tidak berada di dalam program, beliau berjaya membuktikan keunggulan sebagai pemain yang terbaik di dalam kategori yang disertainya.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Ikmal Yusof, pemain AAA dalam progran Unit Sukan Prestasi Tinggi di atas kejayaan beliau menjuarai kategori Boys Graded. Tumpuan berikutnya adalah Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Selangor pada 24-26 Julai yang merupakan pusingan terakhir sebelum GP Final yang bakal berlangsung pada 13-15 Ogos nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor.