Friday 28 March 2008

Tahniah Kepada Pemain-Pemain Remaja Kuala Lumpur




Tahniah kepada pemain-pemain Kuala Lumpur yang mengungguli arena Bowling Sunway apabila muncul juara di Kejohanan Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon ke-31 bagi kategori remaja Graded dan Open. Nur Diana muncul sebagai juara remaja Girls Graded . Ianya merupakan kejayaan berganda buat beliau setelah menjuarai Sirkit Remaja Kebangsaan peringkat negeri Kedah minggu yang lalu. Aziem pula dinobatkan sebagai juara kategori Boy Open dan Syimir yang baru di 'watikahkan' atau diserap ke dalam pasukan remaja Kebangsaan minggu lalu memduduki tempat ke-2. Begitu juga dengan Hee Kar Yen yang kini bersama pasukan Remaja Kebangsaan mendapat tempat ke-2 bagi kategori Girls Open. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan pasukan Kuala Lumpur berterusan.

Mohd Hisham Mohd Nor

Terima Kasih Joe Slowinski

Semalam saya dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Joe Slowinski, Pengarah Kejurulatihan dan Pensijilan Tenpin Bowling, Majlis Sukan Negara (MSN). Perletakan jawatan tersebut sungguh mengejutkan di kala khidmat beliau masih diperlukan untuk pembangunan tenpin bowling di Malaysia. Saya secara peribadi amat berterima kasih kepada beliau kerana banyak ilmu pengetahuan dalam dunia bowling telah di salurkan dan beliau tidak jemu-jemu melayan karenah setiap jurulatih yang ingin mempelajari secara mendalam. Untuk makluman, beliau adalah merupakan Jurulatih/Tenaga Pengajar kepada jurulatih-jurulatih di Malaysia termasuk saya sendiri. Beliau berasal dari Hungary dan menetap bersama keluarga yang berhijrah ke Maine, Amerika Syarikat mula berkhidmat pada bulan Jun 2006 dan telah melatih seramai lebih 200 orang jurulatih bowling di Malaysia. Beliau mempunyai sijil Silver Level Coach dari United States Bowling Congress serta mempunyai 23 tahun pengalaman dalam kejurulatihan. Kehadiran beliau pada bulan Jun 2006 diibaratkan sebagai tuah buat diri saya kerana sewaktu itu saya baru sahaja diminta mengendalikan pasukan bawah 18 tahun sukan teras selepas 5 bulan sahaja mengendalikan program bawah 12 tahun. Banyak tunjuk ajar beliau telah membantu saya dalam mengendalikan pasukan. Saya juga sempat mengikuti program-program kejurulatihan dikendalikan beliau.

Falsafah beliau adalah, seseorang jurulatih tersebut perlu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang bowling. Jurulatih perlu membuat 'homework' serta perancangan bagi membangunkan sukan tersebut. Data-data prestasi pemain perlu diambil setiap masa bagi memastikan kelemahan-kelemahan dapat diatasi serta pemantauan dibuat secara konsisten. Secara jelas tidak semua jurulatih-jurulatih mempunyai peranan tersebut. Jika kita di lihat di Amerika Syarikat, jurulatih bukan sekadar datang ke pusat latihan dan mengajar malah mereka pulang dengan 'homework' serta membuat kajian-kajian bagi membangunkan sukan. Saya dapat melihat bagaimana beliau bekerja keras untuk membantu Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani dalam sukan bowling. Beliau pernah berkata "bila kita ingat Bolasepak, kita akan ingat Brazil dan beliau mahu bila dunia ingat Bowling, akan ingat Malaysia". Saya difahamkan beliau telah menerima jawatan sebagai Master Coach di Kegel Academy. Semoga beliau akan terus berjaya dalam kariernya.

Mohd Hisham Mohd Nor

Wednesday 26 March 2008

Piala Tunku Imran

Sirkit Remaja Kebangsaan Sportexcel-Milo Tenpin Bowling telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan Piala Tunku Imran. Negeri-negeri yang mengutip mata tertinggi di akhir pusingan Grand Prix akan menerima Trophy Piala Tunku Imran. Piala ini dinamakan Tunku Imran bersempena nama YAM Tunku Imran ibni Tuanku Jaafar, Pengerusi Foundation of Malaysian Sporting Excellence. Anugerah ini diperkenalkan sebagai membentuk semangat berpasukan di kalangan negeri-negeri yang menyertai serta menggalakkan penglibatan lebih ramai pemain-pemain menyertai kejohanan ini. Selepas 2 pusingan iaitu di Selangor dan Kedah, Pasukan Kuala Lumpur menduduki di tempat ke-2 dengan 1770 mata di belakang Perak. Sasaran pasukan Kuala Lumpur adalah untuk merampas tempat pertama pada pusingan yang ke-3 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 4-6 April 2008.

Friday 21 March 2008

Kelab Bowling Kastam Putrajaya

Hari ini merupakan satu titik sejarah buat peminat-peminat sukan bowling khususnya warga Kastam Ibu Pejabat, Putrajaya dengan tertubuhnya secara rasmi Kelab Bowling Kastam Putrajaya. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk merancakkan lagi aktiviti-aktiviti bowling di Ibu Pejabat. Kejayaan menganjurkan program Jom Main Bowling pada Oktober 2007 dan program Jom Main Bowling Lagi.... pada hari Ahad lepas telah membawa kepada satu era baru bagi sukan bowling di Kastam Putrajaya. Sokongan yang diberikan oleh warga Kastam adalah sangat memberangsangkan dan melalui kelab yang ditubuhkan membolehkan program-program serta aktiviti-aktiviti dirancang mengikut jadual. Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk bagi memantapkan pengurusan Kelab ini. Y.Bhg. Tuan Azis Yacub telah dilantik sebagai Penasihat Kelab. Satu mesyuarat peringkat jawatankuasa yang telah diberi mandat oleh ahli-ahli akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dirancang serta dilaksanakan.

Thursday 20 March 2008

Al-Fatihah buat Azhar

Al-Fatihah buat Azhar yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.05 malam tadi di Hospital Putrajaya akibat angin ahmar dan pendarahan di otak. Pemergian beliau amat dirasai terutamanya oleh rakan-rakan bowling. Beliau telah bersama-sama menyertai rakan-rakan bowling Kastam Putrajaya pada Program Jom Main Bowling Lagi... pada hari Ahad lepas. Malah beliau mendapat tempat ketiga bagi acara individu lelaki. Beliau seorang yang mudah bergaul dan sering menyokong program-program bowling jabatan kastam. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dirahmati Allah dan ditempat bersama-sama golongan yang soleh. Amin

Sunday 16 March 2008

Remaja Kuala Lumpur Juara 'Girls Open'


Tahniah buat Nur Diana Hussin kerana telah dinobatkan sebagai Johan 'Girls Open' dan Hanan Fateha Rozaimee pula Naib Johan bagi kategori 'Girls Graded' di Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang/Kedah yang berlangsung di Ampang Superbowl, Sungai Petani, Kedah petang tadi. Ini adalah merupakan kejayaan pertama Nur Diana sepanjang penyertaan beliau di Sirkit Remaja Kebangsaan. Beliau menewaskan Syaidatul Afifah dari Perak di pusingan akhir 'stepladder'. Yang pastinya kedua-keduanya telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama pasukan Kuala Lumpur. Yusof Abdul Rauf pula sekadar mendapat tempat keempat bagi kategori 'Boys Open'. Di harap kejayaan ini akan memberi semangat yang lebih tinggi pada sirkit berikutnya yang dijadualkan akan berlangsung di Ipoh, Perak pada bulan April ini.

Mohd Hisham Mohd Nor

Kemeriahan Jom Main Bowling Lagi...







Program Jom Main Bowling lagi... telah berlangsung dengan jayanya di Arena Bowling Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling pagi tadi. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Azis bin Yacub, Presiden Kelab Bowling Kastam Putrajaya dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang warga Kastam. Program ini juga bersempena pertukaran Tuan Azis Yacub ke Kelantan sebagai Pengarah Kastam Negeri Kelantan. Kategori yang dipertandingkan adalah VIP, Jemputan berpasukan dan Individu Lelaki dan Wanita bagi warga Kastam. Pasukan jemputan terdiri daripada Samsung Malaysia Electronic, Dagang Net, Edaran Komputer, Telekom, Xybase dan Kastam. Pasukan Telekom telah menjadi juara untuk berpasukan. Setinggi penghargaan kepada pasukan-pasukan jemputan kerana telah memberi sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga Kelab Bowling Kastam Putrajaya akan terus berkembang dan aktif di tahun 2008.

Mohd Hisham Mohd Nor

Wednesday 12 March 2008

Sukan Malaysia

Sukan Malaysia atau nama ringkasnya SUKMA adalah merupakan satu acara kebangsaan di bawah anjuran Malaysia dan Majlis-majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia. SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Olimpik Malaysia' yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang dengan Sukan SEA. Brunei adalah merupakan satu-satunya negara yang bukan dalam Malaysia menyertai SUKMA. Pada tahun 2006 buat pertama kalinya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya digabungkan dibawah satu pasukan dinamakan kontinjen Wilayah Persekutuan. SUKMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Kini giliran Terengganu menjadi tuan rumah untuk SUKMA ke-XII yang akan berlangsung pada 31 Mei-9 Jun 2008.



Sunday 9 March 2008

Perlawanan Persahabatan bersama SAJC

Pasukan Remaja Kuala Lumpur dibawah Program Sukan Teras telah dijemput oleh Sunway Megalanes Bowling untuk bersama-sama pasukan Sunway Megalanes Junior menentang pasukan St Anglo Junior College (SAJC) dari Singapura di dalam satu perlawanan persahabatan yang di adakan pada 8 Mac 2008 di Sunway Megalanes. Pasukan dari Sunway Megalane Junior telah menjadi juara di dalam perlawanan tersebut dan pasukan remaja Kuala Lumpur sekadar menduduki tempat keempat. Pemain-pemain remaja Kuala Lumpur bermain agak perlahan dan banyak kelemahan perlu diatasi. Mereka ini perlu didedahkan kepada 'mental game' kerana setiap kali pertandingan mereka sering ketinggalan walaupun beraksi begitu cemerlang sewaktu latihan. Beberapa program berkaitan 'mental game' telahpun dirancang bagi memantapkan pemain-pemain.

Mohd Hisham Mohd Nor

Friday 7 March 2008

Stadium Nasional Beijing


Stadium Nasional Beijing juga dipanggil "sarang burung" merupakan gelanggang utama Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China. Stadium ini bakal mengadakan upacara perasmian, upacara penutupan serta acara olahraga, bolasepak dan lain-lain. Muatan stadium ini untuk temasya Sukan Olimpik 2008 ialah 100,000 dan akan diturunkan kepada 80,000 selepas Olimpik.

Panjang Stadium Nasional Beijing ialah 330 m, lebar 220 m dan tinggi 69.2 m, serta mempunyai keluasan 250 000 meter persegi. Pembinaan stadium ini menggunakan lebih 450 000 tan keluli, serta menelan kos lebih 3.5 bilion renminbi (AS$ 423 juta). Kerja pembinaan bermula pada Mac 2004.

Oleh sebeb kos yang melambung tinggi, rancangan untuk membina satu bumbung boleh ditarik balik untuk stadium ini telah dibatalkan. Pakar kejuruteraan juga menyokong keputusan ini, dengan alasan stadium akan lebih selamat.


Tuesday 4 March 2008

Sesi latihan musim baru bermula

Seramai 150 orang pemain yang terdiri dari kategori A (bawah 12 tahun), AA (bawah 15 tahun) dan AAA (bawah 18 tahun) yang telah dipilih untuk mengikuti program Sukan Teras bagi tahun 2008 hadir pada sesi pendaftaran di Megalanes, Endah Parade Ahad lepas. Taklimat kepada pemain dan ibubapa telah diadakan selepas pendaftaran. Turut hadir adalah kesemua jurulatih-jurulatih dari Berjaya Times Square, Alamanda Putrajaya dan Pandan Strikers.