Saturday 12 July 2008

Warta Bangi Bowling yang Unik

Sesi latihan siri ke-5 semalam telah diadakan di Warta Bangi pada jam 6.00 petang. Venue tersebut dipilih kerana pertandingan Monthly Medal KBKPj akan diadakan di lokasi yang sama pada minggu hadapan. Oleh yang demikian ia memberi ruang kepada ahli untuk mencuba lane di venue tersebut.

Ini merupakan kali pertama buat diri saya bermain di venue tersebut dan apa yang menarik adalah ianya merupakan satu-satunya lane yang menyediakan kemudahan warong mamak di dalam bowling centre. Pemain boleh menikmati Teh Tarik sambil bermain bowling dan mee goreng mamak juga ada disediakan. Lebih unik lagi pemain boleh memilih untuk bermain pada dua keadaan lane iaitu Wood atau Sintetik. Alley ini menyediakan 12 lane sintetik dan 16 lane wood yang mana tidak ada keadaan seperti ini di Malaysia. Tetapi apa yang menyedihkan kepada pusat bowling yang terletak di Aras 4 Warta Bangi ini adalah pemain diberi kebebasan untuk merokok. Ini suatu persekitaran yang tidak sihat. Mujurlah disediakan kipas-kipas yang besar bagi membolehkan kepulan-kepulan asap hanyut di udara.

Seramai 6 pemain wanita dan 5 pemain lelaki telah turun untuk berlatih pada sesi semalam. Saya pula terpaksa pulang seawal jam 7.30pm kerana terpaksa bergegas ke Bangsar Village Shopping Centre untuk menguruskan mesyuarat Persatuan Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadualkan pada jam 8.30pm. Saya menyeru agar ramai ahli akan turun pada pertandingan monthly medal yang akan diadakan pada 19 Julai 2008 jam 11.00am di Pusat Bowling Warta Bangi. Banyak hadiah-hadiah yang menarik akan disediakan. Insyaallah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

No comments: