Mohd Hisham Mohd Nor.
Sunday, 31 August 2008
Selamat Berpuasa
Mohd Hisham Mohd Nor.
Girls Open milik Kuala Lumpur
Secara keseluruhan, pemain telah memberi prsembahan yang baik di sepanjang kejohanan. agak mengecewakan pemain pilihan Yusof Abd Rauf, pemenang pingat emas individu di Sukma Terengganu gagal menyerlah pada GP Final ini. Pemain kategori Boy Open yang lain Amirrul Afif dan Faliq Aimran juga dianggap berkemampuan untuk menggegarkan arena Megalanes Kuantan. Malangnya serba tak menjadi dan tumbang di pusingan awal. Namum perancangan perlu dilakukan dan saya telah berbincang dengan jurulatih Dzulkarnian berhubung dengan sesi latihan. Saya mencadangkan agar memilih dan mengenalpasti pemain kategori AAA yang berprestasi tinggi dan melatih secara khusus manakala saya akan mengendalikan pemain yang lain dan tumpuan kepada prinsip asas dan pembentukan mental. Saya masih dalam peringkat untuk menyediakan modul bagi latihan mental kepada pemain-pemain dan dimulakan pada sesi yang akan datang.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Friday, 29 August 2008
Boys Open & Girls Graded
Petang ini pada jam 2.45 petang akan berlangsung peringkat akhir bawah 12 tahun dan pada jam 4.45 petang Kategori Girls Open dan Boys Graded akan memulakan saingan bagi blok kedua untuk menentukan siapa yang layak dan berada di kelompok 8 tempat teratas.
Pasukan Malaysia masih tercari-cari rentak
Jurulatih Holloway, Foong Tak Meng dan Richard Shockley dari Amerika Syarikat selaku Penasihat Teknikal pasukan Malaysia telah cuba untuk mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki. Namun penyelesaian masih belum dicapai dan hari ini Pasukan Malysia akan meneruskan cabaran bagi acara individu menyaksikan keenam-enam pemain negara iaitu Alex Liex, Adrian And Aaron Kong, Daniel Lim, Zulmazran Zulkifli dan Muhd Nur Aiman akan bertarung dalam dua keadaan lane iaitu Long Oil dan Short Oil. Bagi acara All-Event hanya Aaron Kong sahaja yang berada di kelompok 16 iaitu ditangga ke-12. Hanya 16 pemain sahaja yang layak untuk acara Masters. Daniel Lim berada dikedudukan ke-25, Alex Liew ke-32 dan Adrian Ang ditempat ke-40.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Thursday, 28 August 2008
Kuala Lumpur Terbaik di Semenanjung
Sebaik saja selesai jamuan makan malam, saya bersama Dzulkarnain telah mengadakan pertemuan dengan kesemua pemain Kuala Lumpur. Saya telah meminta pemain agar menilai kembali persembahan mereka pada hari ini dan janganlah bersikap sambil lewa. Mereka telah bertungkus lumus di 8 pusingan sirkit untuk layak ke GP Final dan janganlah perjuangan selama ini disia-siakan. Tunjukkan semangat berjuang yang tinggi kerana perlawanan di blok kedua esok amat penting bagi memastikan tempat ke peringkat suku akhir pada hari sabtu nanti.
Sudah pasti setiap pasukan akan berjuang habis-habisan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan. Setiap pemain harus mengatur strategi bagaimana untuk menangani lane yang sukar serta membuat keputusan yang cepat dan tepat.
Pagi esok tepat jam 9.30 am, akan berlangsungnya blok ke-2 kategori Girls Graded dan Boys Open dan pemain akan bermain 6 game yang menjadikannya keseluruhan 12 game untuk kedua-dua blok.
Mohd Hisham Mohd Nor.
GP Final, Kuantan Pahang
Esok akan berlangsungnya blok kedua bagi setiap kategori dan seramai 15 orang pemain dari pasukan Kuala Lumpur telah melayakkan diri ke GP Final ini.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Majlis Penyerahan Insentif SUKMA XII 2008
Saya dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah mula melakuka perancangan untuk menghadapi Sukma ke XIII yang akan di adakan di Melaka pada tahun 2010. Bagi pengurusan bowling juga telah melakukan perancangan dengan mengenalpasti bakat yang ada untuk di asah dan diserapkan di dalam skuad.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Tuesday, 26 August 2008
World Men's Championship 2008
Walaubagaimanapun harapan masih ada untuk menyerlah kerana ada beberapa kategori akan dipertandingkan dan kita mengharapkan agar acara berpasukan pada hari ini akan membawa sinar harapan kepada pasukan negara. Blok pertama acara berpasukan akan bermula pada hari ini untuk Long Oil Condition dan blok kedua esok untuk Short Oil Condition dan keputusan dijangka diketahui pada 10.00 malam esok waktu tempatan.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Monday, 25 August 2008
Malam penutup penuh gemilang

Malam tadi menyaksikan upacara penutupan Sukan Olimpik yang penuh gemilang. Pada majlis tersebut, Datuk Bandar Beijing, Guo Jinlong telah menyerahkan bendera Olimpik kepada Presiden IOC sebelum ianya diserahkan kepada Datuk Bandar London, Boris Johnson. Kotaraya London akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. Tuan rumah China mengekalkan penguasaannya dari awal hingga ke akhir dengan jumlah 51 emas dan Amerika Syarikat berada ditangga kedua dengan 36 pingat emas diikuti Rusia 23 emas. Malaysia menduduki tempat ke-71 menerusi acara badminton yang memenangi pingat perak.Persiapan perlu dilakukan dari sekarang bagi mencapai matlamat emas pada sukan Olimpik yang berikutnya. Mungkin Majlis Sukan Negara boleh melancarkan Program Emas Olimpik untuk tempoh 4 tahun ini menjelang 2012 dan tumpuan yang khusus kepada sukan tertentu yang mampu memberi pingat. Saya percaya MSN telah pun mempunyai perancangan yang teliti dan juga badan-badan sukan kebangsaan yang terlibat. Saya percaya sekiranya sukan tenpin bowling , squash dan lain-lain sukan yang menyerlah di peringkat antarabangsa dipertaruhkan di temasya Olimpik, Malaysia mampu meraih banyak pingat dan kemungkinan emas. Harapan kita adalah Harapan menjadi Kejayaan.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Misbun bakal bergelar Datuk
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Misbun Dato' Sidek yang bakal dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka. Majlis penganugerahan tersebut akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Istana Melaka pada hari Khamis ini. Pengorbanan serta pencapaian beliau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sememangnya tidak boleh kita nafikan lagi dan sewajarnya beliau menerima pengiktirafan tersebut. Beliau telah banyak mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton.Mohd Hisham Mohd Nor.
Sunday, 24 August 2008
MSKK Kuala Lumpur Golf Challenge



Petang tadi saya meluangkan masa bersama-sama jawatankuasa MSKK berada di Kinrara Golf Club, Puchong bagi menjayakan MSKK Golf Challenge 2008. Penyertaan amat menggalakkan dan jawatankuasa telah berjaya mengumpulkan 30 flight untuk tujuan ini. Pertandingan yang dijadualkan bermula pada jam 1.40 petang terpaksa ditangguhkan sehingga jam 3.00 petang kerana hujan agak lebat. Ketika pertandingan bermula dalam format stableford 36 dan bermula secara short-gun, hujan renyai masih membasahi padang dan ianya berterusan sehingga jam 7.00 malam. Siren dibunyikan pada jam 7.00 malam menandakan tamat permainan walaupun tidak menghabiskan 18 lubang. Saya bersama team flight bermain sehingga 16 lubang sebelum menamatkan permainan.Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada jam 8.00 malam iaitu selepas jamuan makan malam.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Thursday, 21 August 2008
Penantian belum pasti
Pasukan Kuala Lumpur perlu memastikan persembahan yang terbaik dan membuktikan dengan format baru ini ianya tetap akan menyebelahi pasukan Kuala Lumpur. Saya sangat berharap agar pihak penganjur lebih peka dalam membuat keputusan di masa akan datang kerana kesan dari keputusan tersebut boleh menimbulkan berbagai andaian buruk terhadap penganjur.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Wednesday, 20 August 2008
Gelaran Datuk buat Lee Chong Wei
Tahniah kepada Lee Chong Wei kerana akan dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008. Ianya merupakan pengiktirafan kepada anak negeri Pulau Pinang yang berjaya merangkul pingat perak di dalam acara individu badminton di Sukan Olimpik, Beijing. Di fahamkan Lee Chong Wei akan menerima ganjaran khas yang dijanjikan sebanyak RM300,000.00 di satu majlis ringkas pada malam ini di Pulau Pinang. Beliau juga akan menerima pencen bulanan sebanyak RM3,000.00 berkuatkuasa September ini.Pada bulan Julai lalu Nicole David telah di kurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) atas kejayaan cemerlang beliau sebagai pemain squash nombor satu dunia. Sesungguhnya keperihatinan dan sokongan dari kerajaan amat diperlukan bagi menyuntik semangat atlet-atlet negara untuk terus cemerlang di pentas antarabangsa.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Lagenda Bowling
Pada 15 Ogos yang lalu lagenda Bowling negara, Micheal Cheah telah meninggal dunia di Pulau Pinang pada usia 68 tahun. Saya percaya ramai yang tidak mengenali Micheal Chuah, bekas pemain bowling negara di sekitar tahun tahun 1973. Mendiang telah bersara dari sukan Bowling pada tahun 1999, setelah 35 tahun mengharungi pahit manis berkecimpung dalam sukan ini. Banyak pengorbanan dari aspek masa dan kewangan telah di laburkan di sepanjang penglibatan beliau dan telah mewakili negara di Kejohanan AMF World Cup di Jackie Bowl, Singapura pada tahun 1973 dan Kejohanan AMF World Cup di Prados Del Este Bowl, Caracas, Venezuela, Amerika Selatan. Mendiang juga turut menyertai Sukan Sea pada tahun 1975, 1977 dan 1985.Saya menyanjungi kesungguhan beliau apabila terpaksa berkorban wang dan masa serta menempuh pelbagai cabaran termasuk berlatih sendiri tanpa bimbingan jurulatih. Beliau hanya belajar cara dan teknik Bowling melalui buku-buku dan video tape sahaja. Dengan kesungguhan ini beliau berjaya menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Atas jasa-jasa yang telah disumbangkan, beliau telah menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1984. Semoga semangat dan kesungguhan beliau ini menjadi contoh kepada atlet-atlet pada masa kini.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Tuesday, 19 August 2008
Sesi Latihan Siri 7
Mohd Hisham Mohd Nor.
Monday, 18 August 2008
Pegawai lebih daripada atlit
Sebagai contoh pasukan bowling ke Sukan Sea terdiri dari 12 orang pemain, 1 orang pengurus dan 2 orang penolong serta 2 orang jurulatih. Manakala 1 orang psychologist dan 1 orang messeur pula terpaksa dikongsi dengan beberapa sukan yang lain. Pegawai-pegawai telah dibahagikan tugas untuk memastikan jadual perjalanan atlet berjalan dengan lancar. Sekiranya terdapat 2 sesi yang membabitkan pagi untuk wanita dan petang untuk lelaki, tugasan pegawai terpaksa diagih untuk memastikan ada pegawai menunggu serta mengiringi pemain-pemain dan sebagainya. Makan dan minum para atlet mesti tiba mengikut jadual agar mereka tidak tertunggu-tunggu.
Tugasan pegawai bukanlah mudah seperti yang disangkakan kerana pegawai terpaksa bangun awal pagi dan mereka jugalah orang yang paling lewat tidur. Saya amat tidak setuju jika ada yang mengatakan pegawai pergi melancong kerana waktu begitu terhad. Pernah satu ketika di Sukan Asia di mana blok terakhir yang dijadualkan bermula pada pukul 10.00 malam tertangguh sehingga jam 1.00 pagi dan perlawanan berakhir pada jam 3.30 pagi. Petugas dan wartawan RTM masih sanggup menunggu untuk mewawancara saya pada jam 3.30 pagi. Sewaktu perjalanan pulang ke perkampungan sukan, dalam hati saya berkata, Bowling sukan yang aneh, dikala atlet lain sedang tidur nyenyak merehatkan diri, atlet bowling masih lagi bertarung di gelanggang. Namum inilah pengorbanan pegawai yang ada sesetengah pihak tidak berpeluang melihatnya atau mengetahuinya. Bagi pandangan saya, bilangan pegawai ke Sukan Olimpik Beijing adalah kecil dan kita perlu melihat dari peranan yang dimainkan oleh mereka.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Sunday, 17 August 2008
Sekadar Perak
Peluang hanya sekali dalam tempoh 4 tahun dan persiapan serta perancangan yang teliti perlu dilakukan dari sekarang samada dari segi teknikal, fizikal mahupun mental. Bermain di peringkat Olimpik bukan sesuatu yang mudah walaupun kita merasakan sudah bersedia untuk berjuang. Suasana di Sukan Olimpik amat berbeza dan sungguh mencabar dan tuan rumah mempunyai kelebihan apabila berhadapan dengan penyokong sendiri. Saya berpendapat sukan-sukan yang berjaya ke peringkat suku akhir perlu diambil perhatian agar persiapan ke Olimpik di London 2012 dapat di perkemaskan lagi.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Menuju ke GP Final
Walaubagaimanapun, pemain yang layak harus memberi tumpuan di peringkat akhir iaitu GP Final nanti dan masalah tersebut akan saya selesaikan dalam masa terdekat ini bersama penganjur. Buktikan yang kecemerlangan Kuala Lumpur.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Saturday, 16 August 2008
Chong Wei Mara
Cuma selangkah lagi untuk Malaysia menggapai pingat emas yang pertama di Sukan Olimpik dan kita mengharapkan agar lagu negaraku akan berkumandang dan jalur gemilang berkibaran di Beijing University Technology Gymnasium di mana berlangsungnya acara akhir badminton perseorangan lelaki pada hari ahad ini.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Majlis Sepetang Bersama Penasihat
Mohd Hisham Mohd Nor.
Friday, 15 August 2008
Harapan pada Chong Wei
Sama-samalah kita memberi sokongan kepada Chong Wei dan perlawanan separuh akhir kedua itu menyaksikan Lee Chong Wei akan menentang Lee Hyunil dari Korea. Perlawanan dijangka bermula pada jam 1830 waktu tempatan. Perlawanan separuh akhir pertama menyaksikan Lin Dan dari China menentang rakan senegaranya Chen Jin.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Peringkat Akhir Memanah Wanita
Memanah sering dikaitkan dengan aktiviti memburu pada zaman silam. Ini dapat kita lihat di dalam cerita-cerita lama di Eropah dan England khususnya pada zaman Robin Hood. Ianya juga digunakan sebagai senjata di dalam peperangan sewaktu zaman tersebut. Kini memanah telah menjadi sukan yang diiktiraf di peringkat dunia.Semalam saya sempat menyaksikan perlawanan akhir memanah wanita. Ini merupakan pertama kali bagi saya menyaksikan perlawanan akhir sukan memanah dan tertarik dengan permainan tersebut. Perlawanan adalah di antara Park Sung-Hyun dari Korea dengan Zhang Juan Juan dari China (Gambar atas). Pengiraan dalam sukan ini adalah mudah apabila peserta di beri 12 arrow untuk mengutip mata. Peserta yang mengutip mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Di dalam pertemuan tersebut persaingan amat sengit apabila Park Sung-Hyun telah mendahului Zhang pada 6 arrow yang pertama dan akhirnya Zhang Juan Juan berjaya menewaskan Park Sung-Hyun 110-109 dan seterusnya merangkul pingat emas. Terdahulu di peringkat separuh akhir, Zhang telah menewaskan pemain nombor satu dunia Yun Ok-hee dari Korea 115-109.
Sukan ini mempunyai potensi yang baik untuk atlet di negara kita kerana ianya tidak memerlukan fizikal yang besar atau bertubuh sasa seperti sesetengah sukan . Kekuatan mental memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaan. Saya fikir kita mampu pergi jauh sekiranya tumpuan khusus dari aspek pembangunan di peringkat akar umbi lagi serta menggalakkan ramai pelajar-pelajar menceburi sukan ini.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Wednesday, 13 August 2008
Masih Menanti
Kedudukan pingat memperlihatkan China menguasai pungutan emas iaitu 17 pingat diikuti Amerika Syarikat 10 pingat. Kedudukan mungkin akan berubah apabila acara olahraga bermula pada hari jumaat ini di National Stadium (Stadium Sarang Burung).
Sekiranya acara tenpin bowling, bowling padang dan squash dipertandingkan di Sukan Olimpik, saya berpendapat Malaysia mempunyai peluang yang amat cerah untuk meraih pingat emas berdasarkan pencapaiannya di peringkat antarabangsa. Tidak dinafikan lagi Malaysia memiliki pemain nombor satu dunia bagi squash wanita dan pemain-pemain bowling yang telah mengegarkan dunia. Kita tetap berusaha dan menanti sukan-sukan ini akan dipertandingan di temasya olimpik pada satu hari nanti, insyaallah.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Saturday, 9 August 2008
Pasukan Memanah Kebangsaan
Pasukan Memanah Kebangsaan ke Sukan Olimpik di ketuai oleh Pengurus Pasukan Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalib yang juga merupakan Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia. Sesungguhnya pasukan memanah Malaysia amat bertuah kerana memiliki pengurus yang berwawasan serta berpandangan jauh. Kali terakhir saya bertemu Yg. Bhg Tan Sri Halil adalah sewaktu majlis penyerahan bendera kontinjen Malaysia ke Sukan Sea Thailand tahun lepas. Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Kastam Malaysia 2000 sehingga 2005.Tiga atlet memanah Malaysia Muhammad Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian dan Wan Khalmizan Wan Abd Aziz, akan menjadi peserta Malaysia yang paling awal membuka cabaran di Sukan Olimpik Beijing yang dibuka dengan rasminya, malam tadi.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Friday, 8 August 2008
8.8.08
Ramai yang ternanti-nantikan tarikh ini iaitu 8.8.08. Bagi kepercayaan masyarakat cina nombor 8 memberi tuah atau ong. Tarikh ini juga menjadi sejarah buat negara China apabila Majlis Perasmian Olimpik di adakan pada hari ini. Sebanyak 205 kontinjen akan berarak masuk ke Stadium Olimpik atau dikenali sebagai Sarang Burung. Malaysia menghantar 33 athlet dan 39 orang pegawai dan difahamkam negara Brunei Darulsalam menarik diri dari menyertai sukan Olimpik ini. Negara China adalah merupakan negara ketiga di Asia yang yang menjadi tuanrumah selepas Jepun dan Korea Selatan.Mohd Hisham Mohd Nor.
Thursday, 7 August 2008
Mesyuarat JSM
Apa yang saya harapkan melalui pelaksanaan program latihan pelapis negeri ini adalah ianya dapat diurus dengan lebih cekap. Pemilihan pemain dilakukan dengan lebih teliti serta menitikberatkan kualiti dari kuantiti. Adalah sukar bagi seorang jurulatih untuk melatih 18 ke 20 orang pemain pada satu-satu masa. Jika dilihat dari struktur baru, seorang jurulatih hanya mengendalikan 10 pemain sahaja dan diharapnya akan menjadi kenyataan.
Mohd Hisham Mohd Nor
Tewas di Separuh Akhir
Mohd Hisham Mohd Nor.
Wednesday, 6 August 2008
Melangkah Gagah
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau dan seterusnya menempa sejarah pasukan Malaysia buat pertama kalinya.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Tuesday, 5 August 2008
Semakin Hampir
| STATES | Leg 1 | Leg 2 | Leg 3 | Leg 4 | Leg 5 | Leg 6 | Leg 7 | Points |
| K.LUMPUR | 935 | 835 | 480 | 780 | 840 | 930 | 865 | 5665 |
| PERAK | 775 | 1220 | 1070 | 430 | 590 | 445 | 715 | 5245 |
| SELANGOR | 1175 | 95 | 495 | 245 | 170 | 430 | 530 | 3140 |
| KEDAH | - | 480 | 305 | 85 | 305 | 305 | 95 | 1575 |
Shalin Mencipta Sejarah
Mereka telah bermain selama 4 hari (8 game sehari) dengan 4 keadaan lane yang berbeza iaitu Viper (38Feet), Chameleon (40 Feet), Scorpion (42 Feet) dan Shark (44 Feet). Semoga Jalur Gemilang berkibar dengan gagahnya di bumi Amerika.
Monday, 4 August 2008
Mohd Sahiar Juara Individu
Mohd Hisham Mohd Nor.
Amirrul Afif Juara 'Boys Open'
Bagi kategori Boys Graded dan Girls Graded pula, tiada seorang pun yang layak ke perlawanan akhir dan hanya Nur Shahira Abdul Manaf berjaya ke peringkat separuh akhir. 'Post-Mortem' akan dilakukan bagi mengenalpasti kelemahan terutama bagi kategori Boys Graded. Jurulatih Ali selaku tenaga pengajar yang bertanggungjawab akan cuba mengenalpasti kelemahan dan seterusnya memperbaiki mana-mana kelemahan sebelum ke pusingan yang terakhir di Melaka iaitu pada 15-17 Ogos ini.
Mohd Hisham Mohd Nor.
Peranan Jurulatih
Saya tertarik dengan komen yang diberikan oleh seorang pembaca blog saya tempohari berhubung dengan peranan jurulatih. Malangnya beliau tidak memberi pengenalan diri dan saya berharap memperkenalkan diri agar saya mengenali pemberi komen berkenaan. Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diberikan dan saya tidak mengatakan jurulatih tidak perlu membantu. Apa yang saya jelaskan adalah peranan jurulatih sewaktu pertandingan yang sedang berlangsung.
Kita perlu membezakan peranan jurulatih sewaktu latihan dan sewaktu pertandingan. Jurulatih mempunyai tugas yang berat bagi kedua-dua situasi. Sewaktu latihan aspek teknikal perlu diambil berat dan pemain perlu memahami secara jelas tentang teknik yang diajar. Manakala sewaktu pertandingan peranan jurulatih lebih kepada aspek menguatkan mental serta memberi semangat kepada pemain.
JTi International Golf Invitational 2008
Pagi Sabtu yang lalu saya telah meluangkan masa untuk mengambil bahagian pada Pertandingan Golf Jemputan anjuran JTi International yang berlangsung di Tropicana Golf Resort. Seramai 26 pemain dari Ibu Pejabat telah hadir untuk memeriahkan lagi pertandingan tersebut dari 150 orang yang mengambil bahagian. Turut serta bersama saya ialah Saudara Noor Amran Abdullah, Bendahari Kelab Bowling Kastam Putrajaya serta beberapa rakan santai yang lain. Pertandingan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.30 petang. Saya bersyukur kerana dapat menamatkan permainan 18 lubang kerana terpaksa bergegas menghadiri kuliah pada jam 3.00 petang.Mohd Hisham Mohd Nor.
2008 U.S Women Open
Kejohanan ini merupakan pendedahan yang sangat berharga buat pemain-pemain negara kerana mereka akan berentap bersama-sama pemain professional Amerika Syarikat. Di harap agar kejayaan pemain lelaki yang memenangi 2 pingat emas bagi acara masters dan berpasukan di World Youth Championship di Orlando minggu lalu dijadikan sebagai penyuntik semangat kepada mereka dan sama-samalah kita doakan agar mereka berjaya di pentas dunia. Saya akan terus mengikuti perkembangan dan menghubungi pengurus pasukan B.C Cheah bagi mendapatkan keputusan-keputusan terkini.
Mohd Hisham Mohd Nor.