1. Negara kita
diambang menyambut hari kemerdekaan ke-57 pada 31 Ogos 2014. Tema yang dipilih
pada tahun ini adalah ‘Malaysia… Disini Lahirnya Sebuah Cinta’ dan tema ini
dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman
Hj. Arshad.
2.
Tema ini
dipilih dengan tujuan untuk menyemai serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara
dalam diri setiap rakyat Malaysia.
3 Persoalannya
adakah telah lahirnya cinta pada diri setiap warganegara Malaysia dalam
menghayati erti sebenar kemerdekaan. Rata-rata mereka hanya faham kemerdekaan
adalah cintakan Negara.
4. Saya bersetuju
dengan cadangan Tan Sri Arshad Ayub, Pro-Canselor UiTM yang juga merupakan
Pengarah ITM yang pertama. Beliau mencadangkan matapelajaran sejarah dijadikan
subjek wajib dalam modul pendidikan Negara.
5. Sejarah Malaysia
kian dilupakan oleh sebilangan masyarakat di negara ini. Sejarah perjuangan
nenek moyang pada satu ketika dahulu dipertikaikan oleh anak bangsa sendiri.
6. Golongan belia
dan remaja pada hari ini pula hanya belajar sejarah tetapi tidak menghayati
sepenuhnya. Mereka lupa dengan sejarah perjuangan yang lampau kerana pada
mereka, semuanya telah
dimiliki. Golongan ini tidak kenal erti kepayahan hidup yang di alami oleh
nenek moyang mereka kerana mereka berada dalam keadaan yang selesa dan
negara sedang membangun manakala ekonomi
pula berkembang pesat.
7. Rukun Negara
yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sebagai ideologi
kebangsaan, sememangnya tidak dihayati oleh pelajar mahu pun rakyat di negara
ini.
8. Kepercayaan
kepada tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Undang-undang dan
kesopanan dan kesusilaan tidak lagi menjadi tonggak perpaduan yang dijunjung
sejak sekian lama.
9. Apabila
sejarah dan rukun negara tidak di hayati sepenuhnya, maka ia mengundang
pelbagai masalah. Tindakan menghina, mengutuk, mengkritik sesuatu bangsa atau
mempersoalkan isu yang di labelkan sensitif seperti kedaulatan sultan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab dalam media sosial membawa keburukan kepada negara.
10. Kendatipun
begitu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah
sewajarnya kerana pendidikan sejarah itu penting dalam mendidik pelajar
diperingkat rendah untuk mengenali sejarah negara dan bangsanya. Selagi ia
tidak dijadikan matapelajaran wajib, golongan pelajar ini akan mengambil sikap
sambil lewa untuk memahami sejarah.
11. Usaha yang dilakukan nanti pasti akan mendidik anak-anak bangsa lebih mengenali sejarah perjuangan nenek moyang dalam menegakkan kemerdekaan dan yang paling penting tahu menghormati bangsa lain.
Hisyam Nor.
No comments:
Post a Comment