1. Menjelang 2017... tinggal 3 hari saja lagi 2016 melabuhkan tirainya. Tahun baru 2017
bakal menjelma. Pastinya cerita lama menjadi lipatan dalam sejarah hidup dan buku
baru dibuka dengan penuh semangat dan keazaman.
2. Saya juga tidak ketinggalan bagi menghadapi tahun baru dengan penuh keazaman.
Tiba juga masa untuk menilai prestasi diri pada tahun 2016. Apakah pencapaian yang
terbaik kita sepanjang 2016 dan bagaimana dengan azam atau matlamat yang masih
belum tercapai.
3. Setahun sudah saya tidak menulis khususnya rencana di majalah. Tahun 2015
merupakan pencapaian yang terbaik buat diri saya kerana 3 buah artikel diterbitkan di
majalah Dewan Masyarakat. Ianya merupakan tahun pertama saya menulis artikel
setelah beberapa kali menanam impian untuk menulis dan terbit di majalah.
4. Pada minggu yang lalu, saya mendapatkan buku-buku terbaru di pasaran khususnya
penulis tempatan. Setalah membaca beberapa buah buku khususnya berkaitan
penulisan dan kewartawanan, ia menarik perhatian saya untuk kembali menulis secara
serius. Harapan 2017 adalah untuk menulis beberapa buah artikel yang dapat
dikongsikan dengan pembaca.
5. Apa yang saya lihat, buku hasil karya penulis tempatan semakin bertambah dan ianya
satu perkembangan yang menarik. Penulis pula bukanlah dari golongan yang
berlatarbelakang penulis profesional seperti wartawan serta mempunyai pendidikan
dalam komunikasi. Ianya dari golongan profesional seperti jurutera, doktor, peguam
arkitek dan lain-lain.
6. Kebanyakkan mereka menulis kerana kebetulan atau secara suka-suka pada peringkat
awal. Namun minat mula berputik apabila hasil penulisan mereka diterima oleh
pembaca dan ia memberi kekuatan untuk terus menulis.
7. Saya amat gembira melihat perkembangan ini kerana perkongsian ilmu dan maklumat
ini dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat. Harapan saya agar diberi
kekuatan fizikal dan minda untuk berkarya pada tahun 2017 nanti. Insyaallah.
Hisham Nor
Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment