JUDUL: DESTINI DI
PENGHUJUNG PELANGI
PENULIS: Md Taib Mat
TERBITAN: MTM Consultants
Sdn Bhd
Oleh:
Hisham
Nor.
Kejayaan merupakan impian bagi setiap insan dan setiap perkara yang
dilakukan pastinya mempunyai matlamat dan sasaran untuk dicapai. Dalam apa jua
bidang yang diceburi, setiap individu akan cuba melakukan yang terbaik dan
menggelakkan diri dari menemui kegagalan. Setiap kerumitan yang dihadapi ada
jalan penyelesaiannya. Setiap individu perlu motivasi diri bagi mengekalkan
tahap kecemerlangan yang konsisten.
Buku terbaharu yang diterbitkan oleh MTM Consultants Sdn Bhd, Destini di Penghujung Pelangi, Menjuarai
Kecemerlangan & Mengatasi Kegagalan adalah merupakan novel coaching kendiri
dengan menggunakan teknik Neuro
Linguistic Programming (NLP) untuk pelajar. Buku ini digarap dalam bentuk
yang paling mudah difahami dan diikuti supaya pelajar mudah mengamalkannya.
Buku yang ditulis oleh Haji Md Taib Mat ini adalah merupakan sebuah buku
motivasi dalam bentuk novel dan ianya bukanlah sebuah buku teori, tetapi
mengandungi banyak saranan, tip-tip serta idea yang dapat dilaksanakan dengan
serta merta selepas membacanya. Ianya ditulis dalam bentuk penceritaan bagi
memastikan pembaca tertarik dan seronok membacanya. Buku ini ditulis
berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang coach dan maklum balas yang diterima selama bertahun-tahun.
Pelajar yang dahagakan kejayaan dan inginkan pelajarannya semakin kukuh
dan mantap. Bagaimana hendak menjadi pelajar yang biasa kepada luarbiasa,
pelajar dihidangkan dengan tip dan kaedah untuk memastikan mereka yang membaca
buku ini menjadi lebih berjaya dan cemerlang. Jika pelajar tidak mahukan
kegagalan, buku ini banyak memberi petunjuk untuk membolehkan pembaca
mengatasinya.
Buku ini berasaskan kepada kaedah-kaedah Neuro-Linguistic Programming yang lebih dikenali akronimnya dengan
NLP. Kaedah ini mengandungi berbagai-bagai teknik yang merangkumi sains dan
seni bagaimana manusia dapat mencapai apa-apa yang dimahukannya. Buku ini
terhasil daripada pemerhatian terhadap manusia yang cemerlang dan berdasarkan
model-model kecemerlangan manusia.
Antara teknik-tenik NLP yang dimuatkan dalam buku ini termasuklah
membina matlamat yang sempurna, garis masa atau timeline, mengendalikan keadaan diri atau state management, soalan dan pertanyaan kaedah model meta, gaya
pemikiran manusia, fisiologi diri, dan banyak lagi.
Buku ini juga sesuai dibaca oleh ibu bapa dan guru untuk dijadikan
panduan bagi mendidik serta memberi motivasi kepada anak dan pelajar mereka.
Buku ini mnyedarkan pembaca supaya sentiasa menjadi individu yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment