JUDUL: GST UNTUK PENGGUNA
PENULIS: Norsa’adah Ahmad
TERBITAN: TrueWealth Sdn
Bhd
Oleh:
Hisham
Nor.
Pelaksanaan GST pada 1 April 2015 menjadi perhatian masyarakat khususnya
pengguna. Keperihatinan dan kesedaran ini dapat memastikan peniaga tidak
mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kepada paras tidak munasabah yang
akhirnya akan membebankan pengguna. Penulisan buku GST untuk Pengguna: 40 soalan penting untuk memahami GST dan
pelaksanaannya di Malaysia yang di tulis oleh Norsa’adah Ahmad mengupas
beberapa persoalan penting dalam pelaksanaan GST khususnya kepada pengguna dan
menghadapi perubahan ini dengan positif dan efektif.
Dalam buku ini, penulis menyenaraikan 40 soalan penting berkaitan GST
yang memfokuskan konsep dan pelaksanaan GST, peranan semua pihak termasuk
jabatan kerajaan, peniaga dan pihak swasta, hak pengguna serta implikasi GST
kepada pengguna.
Penulis telah melakukan kajian dan perbandingan di beberapa buah negara
terpilih berkaitan dengan sistem percukaian dan pelaksanaan GST atau dikenali
sebagai VAT (Value Added Tax) di sesetengah buah negara. Hampir kesemua negara anggota ASEAN telah
melaksanakan GST kecuali Myanmar dan Brunei.
Bahagian 1 buku ini menjelaskan apa itu GST dan perbezaannya dengan
cukai jualan dan perkhidmatan. Manakala bahagian 2 menyenaraikan beberapa
insentif kepada rakyat serta pakej bantuan untuk mengurangkan beban kewangan
golongan sasaran. Bahagian 3 pula membincangkan implikasi GST kepada pengguna
dan secara umumnya terdapat beberapa jenis barang akan mengalami peningkatan
pada peringkat awal pelaksanaan.
Bahagian 4 buku ini memberi tumpuan kepada hak pengguna dalam GST kerana
pengguna merupakan golongan yang akan menanggung cukai ini. Bahagian ini turut
menjelaskan peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selaku agensi
pelaksana dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi
(KPDNKK) dalam menangani aktiviti pengambilan untung yang berlebihan oleh peniaga.
Bahagian 5 menyenaraikan syarat dan langkah demi langkah untuk pelancong
membuat tuntutan semula cukai yang telah dibayar. Skim ini di kenali sebagai
Skim Bayaran Balik Pelancong atau Tourist
Refund Scheme (TRS) dan skim ini melayakkan pelancong menuntut semula cukai
yang dikenakan semasa membuat pembelian di Malaysia.
Bahagian 6 dan 7 pula menjawab persoalan berkaitan amalan perbelanjaan
yang bijak di kalangan pengguna. Persoalan tentang isu berkaitan GST seperti
kesan pelaksanaannya kepada ekonomi negara dan sama ada GST di benarkan dalam
islam.
Buku ini sangat praktikal kerana ia menerangkan secara ringkas dan jelas
tentang GST. Ia amat berguna kepada pembaca kerana mudah difahami dan sangat
sesuai dijadikan rujukan.
No comments:
Post a Comment